Samsung  Malaysia telah mengumumkan telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold2 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan peranti boleh lipat yang akan dijual pada harga RM7999.

Galaxy Z Fold2 hadir dengan paparan boleh lipat Infinity-O bersaiz 7.6 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan memiliki paparan kedua diluar jenis Infinity-O bersaiz 6.23 inci. Peranti ini menggunakan skrin ultra nipis yang sama terdapat pada model genarasi sebelum ini.

Ia memiliki lubang tunggal untuk kedua-dua bahagian skrin yang menempatkan kamera selfie 10 Megapixel. Kamera utamanya diletakan di bahagian belakang yang menggunakan tiga sensor 12 Megapixel.

Telefon ini juga dikuasakan oleh Snapdragon 865+ yang turut hadir bersama 256GB dan 12GB RAM serta bateri Li-Po 4500 mAh dengan pengecas 25W.  Bagi yang berminat, Samsung telah mebuka pra-tempahan bermula 11 September hingga 24 September ini.