Vivo baru sahaja mengumumkan telefon pintar baru untuk barisan siri-V iaitu vivo V20 Pro. Ianya merupakan smartphone 5G kelas pertengahan yang hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.44 inci dengan resolusi 2400×1080 pixels.

Peranti ini menawarkan tiga kamera belakang dengan lensa utama 64MP, lensa sudut lebar 8MP serta lensa monochrome 2MP. Manakala untuk mengvambil gambar selfie, ia hadir dengan lensa 44MP dan 8MP.

Di bahagian dalam, V20 Pro dikuasakan oleh pemproses Octa-Core Qualcomm Snapdragon 765G yang dipasangkan bersama 8GB RAM dan memori sebesar 128GB. Ia juga dijalankan pada Funtouch OS 11 berdasarkan Android 10 serta menawarkan sokongan pengimbas cap jari dalam skrin.

Fungsi lain yang boleh didapati pada Vivo V20 Pro termasuk bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W, sokongan Dual-SIM, Dual-Band WiFi, fungsi Hi-Res audio serta Bluetooth 5.0.

Vivo V20 Pro akan mulakan jualan di pasaran Thailand dengan harga 14,999 Baht Thailand (Sekitar RM1999). Ia boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk Midnight Jazz, Moonlight Sonata, dan Sunset Melody.