POCO baru sahaja melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru iaitu POCO M2. Ia mempunyai rekaan serta spesifikasi yang hampir serupa dengan model Xiaomi Redmi 9 yang dilancarkan pada bulan Jun yang lalu.

POCO M2 hadir dengan skrin IPS LCD FHD+ berukuran 6.53 inci yang dipadankan dengan pemproses MediaTek Helio G80 8nm. Terdapat dua pilihan memori ditawarkan iaitu 64GB dan 128GB. Kedua-duanya hadir dengan 6GB RAM.

Peranti ini juga hadir dengan kamera utama 13MP di bahagian belakang yang didatangkan bersama lensa sudut ultra lebar 8MP, 5MP sensor makro dan sensor kedalaman 2MP. Terdapat kamera 8MP di bahagian depan untuk mengambil gambar selfie.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang dipasang di belakang dan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, tetapi ia hadir dengan pengecas 10W di dalam kotak.

POCO M2 hadir dalam warna Brick Red, Pitch Black dan Slate Blue, dengan harga Rs. 10999 (Sekitar RM649) untuk model 64GB. versi storan 128GB pula berharga Rs. 12499 (Sekitar RM749). Ia mula dijual untuk pasaran India mulai 15 September.