Sebelum ini, HTC telah melancarkan model pertengahan mereka iaitu HTC Desire 20 Pro di Taiwan. Terbaru, HTC telah umumkan variasi yang lebih mampu milik yang dinamakan sebagai HTC Desire 20+.

HTC Desire 20+ menawarkan skrin IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1600 pixel dan nisbah 20: 9. Ia juga dikuasakan oleh cip Snapdragon 720G yang turut dipadankan bersama dengan 6 GB RAM, storan dalaman 128 GB dan slot kad microSD untuk memori tambahan.

HTC Desire 20+ mempunyai kamera depan 16 MP dengan bukaan f/2.0 yang menyokong rakaman video HDR dan HD penuh. Di bahgian belakang pula hadir dengan empat kamera yang merangkumi kamera utama 48MP f/1.8, lensa ultrawide 5MP dengan sudut pandang 115-darjah, lensa makro 2MP dengan jarak fokus 40cm, dan sensor kedalaman 5MP.

Selain itu, peranti ini tersedia dipasang dengan Android 10 dan memiliki bateri 5.000 mAh yang dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4.0. Ia juga dilengkapi dengan sokongan dual SIM, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, GPS, NFC, USB-C, dan bicu audio 3.5mm.

HTC Desire 20+ akan dijual di Taiwan dengan harga TWD 8,490 (sekitar RM1299) dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Dawn Orange dan Twilight Black. Tiada maklumat mengenai harga rasmi dan ketersediaan di pasaran Malaysia.