Microsoft telah mengumumkan Surface Laptop Go yang merupakan komputer riba Surface paling ringan dengan harga yang mampu milik. Untuk pasaran USA, komputer riba ini dijual dengan harga bermula USD549 atau bersamaan RM2299 di Malaysia.

Microsoft Surface Laptop Go menawarkan skrin PixelSense jenis sentuh bersaiz 12.4 inci dan dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5-1035G1 Generasi ke-10 serta dua konfigurasi memori iaitu 4GB LPDDR4X RAM dengan 64GB eMMC dan 8GB LPDDR4X RAM dengan 128GB atau 256GB SSD.

Ia juga mempunyai pad jejak ketepatan tinggi dan papan kekunci bersaiz penuh dengan perjalanan kunci 1.3mm. Peranti ini juga menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 13 jam dengan pengecasan pantas.

Spesifikasi & Harga Microsoft Surface Laptop Go 

  • Skrin Bersaiz 12.4-inci PixelSense dengan resolusi 1536 x 1024 pixels.
  • Pemproses Intel Core i5-1035G1, Generesi ke-10.
  • 4GB LPDDR4X RAM dengan 64GB eMMC, 8GB LPDDR4X RAM dengan 128GB / 256GB SSD.
  • Kamerahadapan dengan resolusi 720p HD f/2.0.
  • Omnisonic Speakers dengan Dolby Audio
  • Windows 10 Home
  • Wi-Fi 6 802.11ax, Bluetooth 5.0 LE.
  • 1 x USB-C, 1 x USB-A, 3.5 mm headphone jack, 1 x Surface Connect port.
  • Dimensi: 292.1 x 203 x 8.3 mm.
  • Berat: 790g.
  • Jangka hayat bateri sehingga 13 Jam.
  • Harga bermula $549.99 (Sekitar RM2299) untuk 4GB RAM / 64GB (eMMC).

Microsoft Surface Laptop Go hadir dalam warna Ice Blue, Sandstone dan Platinum dengan harga jualan di USA bermula $549.99 (Sekitar RM2299) untuk 4GB RAM / 64GB (eMMC), $699.99 (Sekitar rm2899) untuk model 8GB RAM / 128GB SSD dan $899.99 (Sekitar RM3799) untuk model 8GB RAM / 256GB SSD.