Nokia telah diberikan kontrak untuk memasang rangkaian 4G di bulan. Kontrak itu adalah salah satu anugerah yang diberikan NASA kepada Nokia memandangkan mereka merancang untuk kembali semula ke bulan.
Kontrak bernilai USD14.1 juta diberikan kepada anak syarikat Nokia di AS bagi menyediakan perkhidmatan selular yang akan membolehkan angkasawan, peninjau, pendarat lunar untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Ini bukanlah percubaan pertama Nokia untuk melancarkan rangkaian LTE di bulan. Ia merancang untuk melakukannya pada tahun 2018 dengan bekerjasama dengan PTScientists, sebuah syarikat angkasa Jerman, dan Vodafone UK untuk melancarkan rangkaian LTE di lokasi pendaratan Apollo 17 tetapi rancangan itu tidak membuahkan hasil.