Samsung Galaxy Note10 telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan August tahun lalu. Ketika pelancaran, peranti premium ini dijual pada harga RM3699 untuk model 8GB / 256GB. Setahun telah berlalu dan kini peranti ini boleh didapati dengan harga serendah RM2599 iaitu pengurangan sebanyak RM1100 berbanding harga yang asal. Adakah ia masih berbaloi untuk dibeli pada hari ini?. Mari kita lihat spesifikasinya dibawah.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy Note10 menawarkan skrin bersaiz 6.3″ FHD+ (2280 x 1080 pixel) dengan panel Dynamic AMOLED Infinity-O. Ia dikuasakan oleh pemproses Exynos 9825 yang dipasangkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan tanpa slot tambahan microSD.

Semasa pelancarannya tahun lalu, peranti ini ditawarkan dengan platform Android 9.0 dan kini ia tersedia dengan sistem Android 10. Jangan risau, peranti ini juga dijangka akan menerima kemaskini sehingga Android 11 pada masa akan datang.

Galaxy Note10 mempunyai tiga kamera belakang – kamera utama 12MP dengan bukaan f/1.5 & f/2.4, kamera ultrawide 16MP dengan bukaan f/2.2, dan kamera telefoto 12MP f/2.1 dengan zoom optik 2x. Kamera di hadapan menggunakan kamera 10MP f/2.2.

Beli Di Lazada : Samsung Galaxy Note10 (RM2599/Pink/256GB)

Peranti ini juga menawarkan sokongan Bluetooth 5.0, Dual-Band WiFi, NFC, Dual Nano SIM, Samsung DeX, Samsung Pay, dan port USB Type-C 3.1. Samsung Galaxy Note10 menggunakan bateri 3500mAh dan menyokong pengecas tanpa wayar (12W), Wireless PowerShare, dan pengecas pantas 25W.