Sepertimana yang telah kita tahu, Apple tidak lagi menyertakan pengecas untuk barisan peranti baru Apple iPhone 12 yang dilancarkan semalam. Terbaru, model-model lama iPhone juga tidak disertakan dengan pengecas mahupon EarPods di dalam kotak. Ianya termasuk iPhone 11, iPhone SE (2020) dan juga iPhone XR.

Model-model baru yang dibeli mulai hari ini akan hanya menerima peranti dan kabel USB-C ke Lightning (tanpa adapter pengecas). Ianya dikecualikan untuk pasaran Perancis oleh kerana undang-undang negera tersebut mewajibkan pengeluar telefon untuk menyediakan earphone dalam pakej runcit mereka.

Bagi yang memerlukan adapter pengcas boleh membelinya secara berasingan dengan harga RM99 untuk 20W USB-C Power Adapter atau RM79 untuk 5W USB Power Adapter. Untuk EarPods boleh dibeli dengan harga RM99.

Tags