Xiaomi baru saja mengumumkan smartphone 5G baru iaitu Xiaomi Mi 10T Lite. Ia dilengkapi dengan skrin FullHD+ bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia adalah telefon pertama yang dikuasakan oleh Snapdragon 750G SoC yang menyokong rangkaian 5G SA / NSA melalui Modem Snapdragon X52.
Peranti ini juga menjalankan Android 10 dengan MIUI 12, sokongan NFC serta pembesar suara stereo dengan sokongan audio Hi-Res. Xiaomi Mi 10T Lite juga hadir dengan dua pilihan memori iaitu 64GB dan 128GB yang didatangkan bersama 6GB RAM.
Untuk kamera, peranti pertengahan ini empat kamera belakang dengan kamera utama 64 MP, kamera sudut lenar 8 MP, kamera bokeh 2 MP serta kamera makro 2 MP. Kamera selfie pula didatangkan dengan lensa 16 MP.
Telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi serta bateri 4820mAh dengan pengecasan pantas 33W yang dapat mengecas hingga 100% dalam masa 59 minit sahaja.
Xiaomi Mi 10T Lite hadir dalam warna Rose Gold Beach, Pearl Gray dan Atlantic Blue dengan harga jualan bermula 279 € (Sekitar RM1399) untuk model 6GB/64GB. Model 6GB/128GB pula dijual pada harga €329 (Sekitar RM1599). Ia akan mula dijual di beberapa negara mulai 13 Oktober ini.