Samsung baru sahaja mengumumkan peranti mampu milik iaitu Samsung Galaxy A12 untuk siri smartphone Galaxy A. Telefon pintar ini mempunyai paparan HD+ Infinity-V 6.5 inci serta menawarkan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

Samsung Galaxy A12 turut dikuasakan oleh cip MediaTek Helio P35 SoC dengan RAM hingga 6GB dan storan sehingga 128GB. A12 juga dilengkapi pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan serta memiliki sistem keselamatan Samsung Knox.

Untuk kamera, peranti mampu milik ini menawarkan empat kamera di bahagian belakang termasuk 48MP kamera utama, 5MP kamera sudut lebar, 2MP kamera bokeh dan 2MP kamera makro. Untuk selfie pula peranti ini menawarkan kamera 8MP.

Peranti dengan sistem Android 10 ini boleh didapati dalam empat pilihan warna termasuk hitam, putih, biru dan merah. Ia boleh didapati dengan harga 179 Euro atau sekitar RM899 untuk model 64GB/4GB.