Xiaomi Mi 11 dijangka akan diumumkan pada akhir bulan ini. Gambar serta spesifikasi peranti tersebut telah banyak yang di dedahkan di internet. Terbaru, Xiaomi telah mengesahkan bahawa model baru Mi 11 tidak akan disertakan dengan pengecas di dalam kotak.
Bedasarkan gambar kotak pembungkusan Xiaomi Mi 11, ia kelihatan lebih nipis dan ringan. Seperti juga Apple, tujuan mengeluarkan pengecas dari kotak adalah dalam usaha untuk melindungi alam sekitar.
Menurut Xiaomi, kebanyakan pembeli telefon pintar sudah mempunyai pengecas yang disertakan dengan telefon pintar yang dibeli sebelumnya. Jadi, pengecas baru dengan Mi 11 hanya akan membebankan persekitaran. Mereka sedar bahawa keputusan untuk mengecualikan pengecas mungkin tidak sesuai dengan pembeli telefon. Namun, ia adalah penyelesaian yang lebih baik untuk melindungi alam sekitar.
Sedikit mengenai spesifikasi Xiaomi Mi 11, Xiaomi telah mengesahkan bahawa telefon ini akan dilengkapi dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus, audio Harman Kardon, sokongan Wi-Fi 6E dan banyak lagi. Mi 11 akan menjadi telefon pertama yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 888 5G 5nm. Ia dikatakan hadir dengan skrin AMOLED FHD+ manakala Mi 11 Pro pula menampilkan skrin melengkung QHD+.
Sama-sama kita nantikan spesifikasi dan harga Xiaomi Mi 11 yang akan diumumkan secara rasmi pada 28 Disember ini.