Asus Zenfone 8 Malaysia

Asus telah mengesahkan bahawa mereka akan  mengumumkan peranti perdana yang seterusnya iaitu Asus Zenfone 8 pada 12 Mei ini. Ia kemungkinan besar akan diadakan melalui acara pelancaran maya. Buat masa ini, Asus masih lagi belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti yang akan dilancarkan ini.

Namun, bedasarkan khabar angin sebelum ini, terdapat lebih dari satu variasi Zenfone 8 yang akan diperkenalkan pada tahun ini yang mungkin akan dikenali sebagai Zenfone 8, Zenfone 8 Pro dan Zenfone 8 Mini. Untuk pelancaran 12 May ini, Asus menggunakan ungkapan ‘Big on Performance, Compact in Size’ yang mungkin merujuk kepada model Asus Zenfone 8 Mini.

Sebagai peranti perdana yang dikeluarkan pada tahun 2021,  Siri Asus Zenfone 8 dijangka hadir dengan pemproses Snapdragon 888, RAM sehingga 16GB, skrin AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar segar 120Hz, kamera utama 64MP Sony IMX686 serta bateri dengan pengecasan pantas 30W.