Realme Malaysia baru sahaja melancarkan Realme 8 Pro untuk pasaran Malaysia. Telefon ini dilengkapi dengan skrin FullHD+ Super AMOLED 6.4 inci dengan kadar penyegaran 60Hz dan kadar pengambilan sentuhan 180Hz. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 720G 8nm SoC dengan 8GB RAM dan 128GB memori dalaman.

Realme 8 Pro mempunyai sensor kamera utama 108MP dengan sokongan lensa sudut ultra-lebar 8MP, lensa potret 2MP dan kamera 2MP untuk tangkapan makro 4cm. Untuk selfie pula hadir dengan kamera 16MP di bahagian depan.

Ia juga mempunyai pengimbas cap jari di bawah skrin, slot kad dual SIM dengan microSD khusus, serta bateri 4500mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas SuperDart Charge 50W yang dapat mengecas telefon hingga 50% dalam 17 minit dan 100% dalam 47 minit.

Spesifikasi & Harga Realme 8 Pro

  • Skrin Super AMOLED 6.4-inci, Resolusi 1080×2400 FHD+
  • Pemproses Octa-Core Qualcomm Snapdragon 720G 8nm Dengan Adreno 618 GPU
  • 8GB LPDDR4X RAM Dengan Memori 128GB (UFS 2.1)
  • Platform Android 11 Dengan Antaramuka Realme UI 2.0
  • Kamera Utama 108MP f/1.88, Kamera Sudut Lebar 8MP f/2.5, Kamera Macro 2MP f/2.4, Kamera B&W 2MP f/2.4
  • Kamera Selfie 16MP f/2.45
  • Pengimbas Cap Jari Di Bawah Skrin
  • Bateri 4500mAh Dengan Pengecasan Pantas 50W
  • Harga Realme 8 Pro Di Malaysia RM1299

Realme 8 Pro hadir dalam warna Infinite Blue dan Infinite Black dengan harga RM1299 untuk pasaran Malaysia. Ia boleh didapati bermula 1 May ini dari pengedar rasmi Realme Malaysia termasuk Lazada dan Shopee.