Selain model Realme Q3 5G, Realme turut mengumumkan Realme Q3 Pro 5G yang menawarkan skrin Super AMOLED FullHD+ 120Hz bersaiz 6.43 inci dengan kadar pensampelan sentuhan 360Hz dan gamut warna DCI-P3 100%. Di bahagian hadapan turut hadir dengan  kamera 16MP untuk selfie serta pengimbas cap jari di bawah skrin.

Realme Q3 Pro 5G dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 1100 6nm SoC dengan rangkaian 5G SA/NA serta mempunyai motor getaran Linear Engine Tactile dengan getaran 4D. Ia turut dilengkapi kamera utama 64MP dengan sensor IMX682, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Ia turut menawarkan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 30W yang menawarkan 100% cas dalam tempoh 59 minit.

Spesifikasi & Harga Realme Q3 Pro 5G

  • Skrin AMOLED 6.43-inci, Resolusi 2400×1080 pixel FHD+, HDR10+, Kadar Segar 120Hz
  • Pemproses Octa-Core MediaTek Dimensity 1100 6nm Dengan ARM G77 MC9 GPU
  • Pilihan RAM 6GB / 8GB LPDDR4x RAM Dengan Memori 128GB / 256GB (UFS 2.1)
  • Platform Android 11 Dengan Antaramuka realme UI 2.0
  • Kamera Utama 64MP f/1.8, Kamera Sudut Lebar 8MP f/2.3, Kamera Macro 2MP f/2.4
  • Kamera Selfie 16MP f/2.5
  • Pengimbas Cap Jari Di Bawah Skrin
  • 3.5mm audio jack dengan Hi-Res Audio, Stereo speakers, Dolby Atmos
  • Sokongan 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6 802.11 ax, Bluetooth 5.1
  • Bateri 4500mAh Dengan Pengecasan Pantas 30W
  • Harga Realme Q3 Pro 5G Di Malaysia Dijangka Bermula Sekitar RM1099

Realme Q3 Pro hadir dalam warna Biru elektrik, Gravity Black dan Firefly yang akan dijual pada harga 1599 Yuan (Sekitar RM1099) untuk model 6GB/128 GB, 1799 Yuan (Sekitar RM1199) untuk model 8GB/128GB dan 1999 Yuan (Sekitar RM1299) untuk model 8GB/256GB.