Android TV Box Terbaik Dengan Netflix Dan Google Certified

Android TV Box merupakan peranti kecil yang dihubungkan ke televisyen anda melalui port HDMI untuk mengubahnya menjadi TV Pintar. Hasilnya anda boleh memuat turun aplikasi, menonton saluran TV tempatan, menonton movie melalui aplikasi streaming seperti YouTube, Disney+ dan Netflix, bermain permainan digital serta menonton kandungan dari pendrive atau kad microSD.

Walaupun banyak Android TV Box yang dijual dipasaran sekarang, namun kebanykannya tidak mendapat pengesahan dari Google dan syarikat streaming seperti Netflix dan Amazon Prime Video. Akibatnya, aplikasi-aplikasi dari Google seperti Youtube serta Netflix dan Amazon Prime Video tidak dapat di pasang.

Seperti biasa, sudah tentunya ia memerlukan sambungan internet yang pantas bagi membolehkan ia stream video yang lancar. Setiap jenama dan model menawarkan kelebihan masing-masing. Ada model yang sertakan port Ethernet yang membolehkan internet disambung melalui kabel. Ada juga model yang sertakan port USB untuk sambungan dari pendrive dan sebagainya.

Jadi, dibawah ini kami senaraikan 10 Android TV Box terbaik dan popular di Malaysia yang telah disahkan oleh Google, Netflix dan Amazon. Ianya termasuk Xiaomi Mi Box S, Chromecast With Google TV, Tivo Stream 4K dan sebagainya.

.

1. Xiaomi Mi Box S

  • Prossesor : Amlogic S905X Quad-Core 1.5 GHz
  • Memori : 8GB Dengan 2GB RAM
  • Platform : Android 9.0
  • Resolusi Maksimum : 4K
  • Sokongan : HDR, Dolby Audio, DTS
  • Sambungan : WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.2
  • Port : HDMI2.0, USB2.0, Audio Out, Power Port
  • Harga : RM229 – RM249
Xiaomi Mi Box S antara yang paling popular untuk pasran Malaysia. Dengan harganya yang murah serta mudah didapati menjadikan ia pilihan dikalangan pengguna di Malaysia. Ia menyokong output 4K HDR sehingga 60fps yang menawarkan tontonan yang lebih menarik. Ia juga hadir dengan port Audio Out untuk sambungan speaker dan sebagainya serta port USB untuk pendrive atau hard disk.

.

2. Chromecast With Google TV

  • Prossesor : Amlogic S905X Quad-Core 1.9 GHz
  • Memori : 8GB Dengan 2GB RAM
  • Platform : Google TV OS
  • Resolusi Maksimum : 4K
  • Sokongan : HDR10, HDR10+, Dolby Vision, Dolby Digital, Dolby Digital Plus, dan Dolby Atmos
  • Sambungan : WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.1
  • Port : HDMI, USB Type-C (Power)
  • Harga : RM279 – RM299
Chromecast With Google TV merupakan versi terkini Chromecast yang hadir dengan remote dan juga platform terbaru Google TV. Rekaannya ringkas bawarna putih yang hadir dengan hanya satu port USB Type-C untuk kuasa. Ia juga hadir dengan alat kawalan Bluetooth dengan butang arahan suara serta butang pintas untuk Youtube dan Netflix.

.

3. Amazon Fire TV Cube (2nd Gen)

  • Prossesor : Amlogic S922X Hexa-Core CPU
  • Memori : 16GB Dengan 2GB RAM
  • Platform : Fire OS 7 (Based On Android 9)
  • Resolusi Maksimum : 4K
  • Sokongan : HDR, HDR 10, HDR10+, HLG, Dolby Vision, Dolby Atmos Audio
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0
  • Port : HDMI, microUSB, Infrared, Power Port
  • Harga : RM529 – RM579
Amazon Fire TV Cube (2nd Gen) bukanlah peranti yang disahkan Google oleh kerana ia menggunakan platform Fire OS 7. Jadi tiada Google Play untuk peranti ini namun anda tidak perlu risau oleh kerana semua aplikasi-aplikasi seperti Netflix, Disney+, Prime Video serta Youtube boleh didapati dari Amazon Appstore.

.

4. Xiomi Mi TV Stick

  • Prossesor : Amlogic S805Y Quad-Core 1.2 GHz
  • Memori : 8GB Dengan 1GB RAM
  • Platform : Android 9.0
  • Resolusi Maksimum : 1080p FHD
  • Sokongan : Dolby, DTS
  • Sambungan : WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.2
  • Port : HDMI, MicroUSB (Power)
  • Harga : RM149
Xiomi Mi TV Stick adalah versi Mi Box S yang lebih kecil serta harga yang lebih murah. Malangnya peranti ini menawarkan resolusi output 1080p sahaja dan bukanya 4K seperti kebanykan Android TV Box yang lain. Sekiranya dirumah anda menggunakan TV 1080P, peranti ini adalah pilihan ynag terbaik dan murah.

.

5. Tivo Stream 4K

  • Prossesor : Amlogic S905Y2 Quad-Core 1.8 GHz
  • Memori : 8GB Dengan 2GB RAM
  • Platform : Android 9.0
  • Resolusi Maksimum : 4K@60fps
  • Sokongan : HDR, Dolby Vision, HDR10, HLG, Dolby Digital/Digital Plus, Dolby Atmos, DTS
  • Sambungan : WiFi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.2
  • Port : HDMI 2.0a, Micro USB2.0, USB-C
  • Harga : RM219 – RM249
Tivo Stream 4K juga antara model yang popular dikalangan pengguna Malaysia.  Ia menawarkan spesifikasi yang hampir sama dengan Mi Box S dengan CPU yang lebih baik. Harganya juga sangat berbaloi menjadikan Tivo Stream 4K sebagai pesaing terdekat Mi Box S.

.

6. NVidia Shield TV

  • Prossesor : NVIDIA Tegra X1+ Quad-Core CPU
  • Memori : 8GB Dengan 2GB RAM
  • Platform : Android 9.0
  • Resolusi Maksimum : 4K@60fps
  • Sokongan : Dolby Vision HDR, HDR10, Dolby Digital, Dolby Digital Plus, Dolby Atmos, DTS-X Surround Sound
  • Sambungan : WiFi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 5.0 + LE
  • Port : HDMI, MicroSD slot, Ethernet, Power
  • Harga : RM799 – RM899
NVidia Shield TV bagi yang gemar bermain permainan Android di kaca TV, NVidia Shield TV merupakan pilihan yang terbaik. Ia hadir dengan pemproses NVIDIA Tegra X1+ Quad-Core CPU dengan 8GB memori serta 2GB RAM. Di Malaysia, ia dijual pada harga sekitar RM799 hingga RM899.

.

7. NVidia Shield TV Pro

  • Prossesor : NVIDIA Tegra X1+ Quad-Core CPU
  • Memori : 16GB Dengan 3GB RAM
  • Platform : Android 9.0
  • Resolusi Maksimum : 4K@60fps
  • Sokongan : Dolby Vision HDR, HDR10, Dolby Digital, Dolby Digital Plus, Dolby Atmos, DTS-X Surround Sound
  • Sambungan : WiFi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 5.0 + LE
  • Port : HDMI 2.0, Dual USB3.0, Gigabit Ethernet, Power
  • Harga : RM1199 – RM1299
NVidia Shield TV Pro merupakan versi yang lebih berkuasa berbanding NVidia Shield TV. Ia hadir dengan pemproses yang sama namun denga 16GB memori dalaman serta 3GB RAM. Ia juga hadir dengan tambahan dua port USB 3.0 dan port Gigabit Ethernet untuk internet yang lebih lancar.

.

8. Mecool KM2

  • Prossesor : Amlogic S905X2-B Quad-Core CPU
  • Memori : 8GB Dengan 2GB RAM
  • Platform :  Android 10
  • Resolusi Maksimum : 4K
  • Sokongan : HDR10+, HDR, HLG, Dolby Digital, Dolby Digital Plus, Dolby Atmos
  • Sambungan : WiFi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.2
  • Port : HDMI 2.1, 2X USB3.0, Ethernet, MacroSD Slot, Power
  • Harga : RM269 – RM289
Mecool KM2 merupakan model keluaran 2021 yang menawarkan platform Android 10 yang lebih terkini berbanding pesaingnya. Di Malaysia, ia dijual dengan harga diantara RM269 – RM289. Ia juga menawarkan port yang banyak termasuk HDMI 2.1, 2X USB3.0, Ethernet dan MacroSD Slot.

.

9. Ematic Jetstream

  • Prossesor : Amlogic S905X Quad-Core 1.5 Ghz
  • Memori : 8GB Dengan 2GB RAM
  • Platform : Android 9
  • Resolusi Maksimum : 4K
  • Sokongan : HDR
  • Sambungan : WiFi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.2
  • Port : HDMI, 2X USB, Ethernet, MacroSD Slot, Power, AV Output, SPDIF
  • Harga : RM269 – RM289
Ematic Jetstream hadir dengan pemproses Amlogic S905X Quad-Core 1.5 Ghz dengan 8GB memori terbina dan 2GB RAM. Ia juga menggunakan platform Android 9 dengan output 4K HDR untuk gambar yang lebih jelas. Ia juga menawarkan port HDMI, 2X USB, Ethernet, MacroSD Slot, AV Output dan SPDIF.

.

10. Dynalink

  • Prossesor : Amlogic S905Y2 Quad-Core CPU
  • Memori : 8GB Dengan 2GB RAM
  • Platform : Android 10
  • Resolusi Maksimum : 4K
  • Sokongan : HDR
  • Sambungan : WiFi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.2
  • Port : HDMI, MicroUSB (Power)
  • Harga : RM229 – RM269
Dynalink hadir denga rekaan peranti yang kecil dan ringkas. Dikuasakan oleh cip Amlogic S905Y2 Quad-Core CPU dengan 2GB RAM serta 8GB memori dalaman. Ia juga menawarkan platform Android 10 terkini serta sokongan dual-band WiFi dan Bluetooth 4.2.