Apple iPhone 14 Pro Malaysia

Khabar angin mendakwa bahawa iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan memiliki rekaan takuk yang baru untuk kamera hadapan. iPhone 14 Pro dijangka hadir dengan takuk dalam dua potongan — satu berbentuk pil dan satu berbentuk bulatan.

Menurut MacRumors, potongan pil dan lubang bulat yang terpisah pada model iPhone 14 Pro akan kelihatan sebagai satu bentuk pil panjang apabila paparan dihidupkan.

Apple iPhone 14 Pro Malaysia

Sama-sama kita nantikan pada 7 September dimana Apple akan mengadakan acara untuk memperkenalkan siri iPhone 14 baharu.

Antara model yang akan hadir termasuk iPhone 14‌ 6.1-inci, iPhone Max 6.7-inci, iPhone 14 Pro 6.1-inci dan ‌iPhone 14 Pro‌ Max 6.7-inci. Untuk peminat peranti kompak, tiada model iPhone “mini” bersaiz 5.4 inci pada tahun ini.