Apple iPhone SE 2022 Malaysia

Apple mempunyai iPhone yang agak mampu milik iaitu iPhone SE yang dilancarkan pada tahun 2020. Tiada kemaskini untuk model tersebut pada tahun kemudiannya. Pada tahun ini, Apple dijangka hadir dengan model baru dengan sokongan 5G menggantikan model tersebut.

Menurut laporan, Apple akan adakan acara tahunan bagi memperkenalkan produk-produk terbaru mereka pada Mac atau April ini. Dan dijangka iPhone SE 2022 akan menjadi tumpuan pada acara tersebut.

Berdasarkan spesifikasi yang terdedah sebelum ini sebelum ini, iPhone SE 2022 akan memiliki rekaan yang hampir sama dengan model sedia ada dari segi reka bentuk tetapi dengan spesifikasi yang lebih baik.

Telefon ini dijangka hadir dengan paparan LCD Retina HD 4.7-inci dan juga akan menampilkan butang utama dengan sensor cap jari. Ia berkemungkinan merupakan telefon pintar Apple terakhir yang dilengkapi dengan panel paparan LCD dan butang “rumah” fizikal di hadapan.

Ia akan dikuasakan oleh pemproses Apple A15 bersama-sama dengan 3GB RAM manakala terdapat juga varian iPhone SE Plus yang akan memuatkan 4GB RAM. Untuk kamera, ia dijangka masih lagi menggunakan kamera tunggal 12 megapiksel di bahagian belakang dengan ciri fotografi yang dipertingkatkan.

Tags