Asus Malaysia telah memperkenalkan kemaskini baru untuk laptop gaming bagi siri ROG Zephyrus G14 dan G15. Kedua-duanya menampilkan pemproses AMD Ryzen 7 6800HS dengan 8-core/16-thread CPU. Model G14 boleh dikonfigurasikan dengan GPU AMD Radeon RX 6800S atau Radeon RX 6700S, manakala model G15 mempunyai pilihan GeForce RTX 3070 Ti atau GeForce RTX 3060.

Asus ROG Zephyrus G14 (2022)

Asus ROG Zephyrus G14 2022 menampilkan pemproses AMD Ryzen 7 6800HS dan AMD Radeon RX 6800S atau Radeon RX 6700S yang terkini. GPU ini mempunyai fungsi Mux switch, yang membolehkan pengguna membatalkan GPU bersepadu untuk meningkatkan prestasi permainan.

Selain itu, laptop ini disertakan sehingga 32GB DDR5 dan ruang storan 1TB PCIe 4.0 SSD. Untuk paparan ia menampilkan skrin Nebula IPS QHD 14-inci pada 500nits dengan masa tindak balas 3ms dan sokongan Dolby Vision.

Harga Asus ROG Zephyrus G14 (2022)

  • Ryzen 7 6800HS / 32GB DDR5 RAM / Radeon RX 6800S – RM9,999
  • Ryzen 7 6800HS / 16GB DDR5 RAM / Radeon RX 6700S – RM8,499

Zephyrus G14 2022 juga mempunyai USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DisplayPort 1.4 dan Power Delivery, yang membolehkan pengguna mengecas komputer riba melaluinya. Port lain termasuk 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.0b, 1x Pembaca Kad SD Mikro (UHS-II) dan 1x bicu fon kepala 3.5mm.

Asus ROG Zephyrus G15 (2022)

Untuk Asus ROG Zephyrus G15 pula, ia dikongfigurasikan bersama GPU GeForce RTX 3070 Ti atau GeForce RTX 3060. Ia juga disertakan dengan pilihan RAM sehingga 32GB DDR5 dan 1TB SSD.

Zephyrus G15 mempunyai paparan QHD 240Hz dengan masa tindak balas 3ms dan meliputi 100% gamut warna DCI-PE. Komputer riba ini juga mempunyai empat woofer dan dua tweeter, sementara turut menyokong Dolby Atmos dan Dolby Vision HDR.

Harga Asus ROG Zephyrus G15 (2022)

  • Ryzen 7 6800HS / 32GB DDR5 RAM / GeForce RTX 3070 Ti – RM9,999
  • Ryzen 7 6800HS / 16GB DDR5 RAM / GeForce RTX 3060 – RM7,999

Zephyrus G15 mempunyai dua port USB 3.2 Type-C yang menyokong Power Delivery dan DisplayPort 1.4. Port lain termasuk 2x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.0b, 1x Micro SD Card Reader (UHS-II), 1x bicu fon kepala 3.5mm, 1x Kunci Kensington dan 1x RJ45.