Asus Zenbook 17 Fold OLED Malaysia

ASUS baru sahaja melancarkan komputer riba terbaru mereka iaitu ASUS Zenbook 17 Fold OLED. Seperti yang anda boleh ketahui daripada namanya, ini adalah laptop yang disertakan dengan skrin boleh lipat di bahagian dalam.

Skrin boleh lipat ini mungkin telah biasa ditemui dalam telefon pintar seperti Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan sebagainya. Namun untuk sebuah komputer riba boleh lipat mungkin ia sesuatu yang baru. Untuk laptop ini, Ia menampilkan paparan boleh lipat OLED sebesar 17.3-inci yang boleh digunakan dalam pelbagai orientasi.

Contohnya, anda boleh menggunakannya seperti tablet gergasi dengan skrin bersaiz 17.3 inci, atau anda juga boleh menggunakannya seperti komputer riba tradisional skrin bersaiz 12.5 inci dan papan kekunci pada skrin.

Asus Zenbook 17 Fold OLED Malaysia

Di bahagian dalamnya, Asus Zenbook 17 Fold hadir dengan pemproses Intel i7-1250U yang dipadankan bersama 16GB RAM, Intel Iris XE GPU dan 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD. Terdapat juga port seperti USB-C, bicu audio 3.5mm serta bateri 4-sel 75Whr yang dikatakan boleh bdigunakan sehingga 9.5 jam.

ASUS dijangka melancarkan Zenbook 17 Fold OLED pada penghujung tahun ini di mana ia akan dijual pada harga $3,499 atau sekitar RM15,699.