Sebagai seorang yang gemar kepada muzik, sama ada kita mengakuinya atau tidak, kita lebih gemar mendengar muzik melalui earphone atau fon telinga baru. Namun kita mungkin akan kecewa apabila memilih fon telinga yang salah walaupon berharga ratusan ringgit.
Memilih earphone berwayar banyak kelebihannya berbanding earphone tanpa wayar. Antaranya lebih murah, kualiti sound lebih baik setanding dengan harganya dan lebih penting ia tidak perlu dicas. Untuk kaki muzik dan movie, bunyi Bass yang berkuasa adalah sangat penting bagi pengalaman mendengan yang lebih menarik. Secara umumnya, memiliki driver unit yang lebih besar akan menghasilkan bunyi dengan Bass yang lebih baik.
Jadi, di bawah ini kami senaraikan 5 earphone dibawah harga RM150 dengan bunyi Bass yang “Power” sesuai untuk kaki muzik dan movie. Ianya ialah Sony MDR-XB55AP, Sennheiser MX 365, JVC Extreme Bass, Razer Hammerhead Pro V2, dan SonicGear Hyperbass Buds-1 XXL.
![]() . 1. Sony MDR-XB55AP EXTRA BASS |
|
Seperti namanya, Sony MDR-XB55AP EXTRA BASS lebinh mengfokuskan kepada pada Bass. Rekaanya menarik dengan pelbagai pilihan warna serta kabel yang bebas kusut serta Bass yang berkuasa menjadikan ia antara salah satu earphone mampu milik popular dikalangan peminat muzik. |
![]() . 2. Sennheiser MX 365 |
|
Sennheiser MX 365 yang merupakan earphone keluaran Jerman ini sudah sekian lama menghasilkan earphone yang berkualiti tinggi. Harganya sekitar RM99, sangat berbaloi untuk sebuah earphone dengan kualiti bunyi yang baik. Di Malaysia, ia boleh didapati dalam warna biru dan putih. |
![]() . 3. JVC Extreme Bass HA-FX103M |
|
JVC Extreme Bass HA-FX103M merupakan pesaing terdekat Sony MDR-XB55AP dengan julat yang hampir sama. Ia menampilkan rekaan lasak khas dan pembinaan yang kukuh. Model HA-FX103M ini turut menampilkan bunyi Bass yang memukai dengan unit driver neodymium 8.5mm. |
![]() . 4. Razer Hammerhead Pro V2 |
|
Sekiranya anda mencari earphone untuk gaming pada smartphone, Razer Hammerhead Pro V2 wajib ada dalam senarai pilihan anda. Ia menawarkan bunyi Bass yang kuat melalui driver 10mm neodymium. Seperti kebanyakan earphone lain, ia turut memberikan fungsi butang kawalan melalui audio. |
![]() . 5. SonicGear Hyperbass Buds-1 XXL |
|
Sekiranya bajet anda lebih rendah, SonicGear Hyperbass Buds-1 XXL merupakan salah satu earphone yang harus anda pilih. Harganya murah iaitu sekitar RM58 namun apa yang ditawarkan cukup berbaloi dengan unit driver yang lebih besar untuk kualiti sound yang lebih baik. |
Latest Phones In Malaysia |






Comments |
Leave a Reply