Pelancaran OnePlus 5T semakin hampir dimana peranti tersebuut dijangka akan diumumkan pada 16 November ini. Menghampiri tarikh tersebut, telah banyak spesifikasi dan gambar awal mengenai OnePlus 5T telah tertiris di internet.
Gambar terbaru yang tertiris menunjukan peranti premium ini akan hadir dengan skrin sisi ke sisi dengan bezel kiri dan kanan yang sangat nipis. Dari gambar itu juga menunujukan ia menggunakan lapisan kaca 2.5d untuk paparannya.
OnePlus 5T dikatakan hadir dengan CPU Snapdragon 835 dengan 8 GB RAM serta 20 Megapixel kamera utama. Ia juga dijangka hadir dengan skrin 6.0 inci pada resolusi 1080 x 2160 pixel.
Maklumat harganya masih lagi belum diketahui. OnePlus 5T akan dilancarkan pada 16 November ini. Teruskan bersama Mesramobile.com pada hari tersebut untuk mengetahui lebih banyak info mengetahui OnePlus 5T.
Sumber : EvLeaks