Samsung Galaxy Z Fold3

Pada tahun ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy Z Fold3 yang bakal diumumkan pada bulan Ogos ini. Berbaki dua bulan lagi, gambar render Samsung Galaxy Z Fold3 telah didedahkan yang menunjukan rekaan dengan tiga rekaan belakang.

Menurut sumber, Samsung Galaxy Z Fold3 dikatakan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 7.5 inci dengan kadar penyegaran 120Hz serta skrin dibahagian luar dengan saiz 6.2 inci. Peranti ini juga setebal 15.6 mm termasuk bonggol kamera ketika dilipat dan 7.7 mm tebal ketika peranti dibuka.

Berbanding generasi sebelum ini, rekaan belakang Samsung Galaxy Z Fold3 sedikit berbeza dimana tiga kamera dan lampu flash disusun secara sebaris. Buat masa ini, tiada maklumat sensor kamera yang digunakan namun ia dikatakan hadir dengan kombinasi lensa utama + telefoto + ultrawide. Galaxy Z Fold3 juga dikatakan menggunakan sensor cap jari yang dipasang di sebelah kanan.

Spesifikasi lain termasuk pemproses, RAM, memori yang digunakan serta bateri masih lagi belum diketahui. Sama-sama kita nantikan pada pelancarannya pada bulan Ogos ini.