Kerusi permainan atau gaming chair terbaik bukan sahaja kelihatan hebat, ia juga perlu selesa di duduk memandangkan kita akan menghabiskan masa begitu lama di hadapan komputer. Kualitinya juga haruslah tinggi dan tahan lama memandangkan harganya jauh lebih tinggi berbanding kerusi pejabat yang lain.
Lagi Produk Gaming Terbaik Di Malaysia
- Keyboard Gaming Bawah RM200
- Keyboard Gaming Bawah RM500
- Gaming Mouse Terbaik
- Laptop Gaming Terbaik
- Monitor Ultrawide Terbaik
Sesetengah kerusi gaming menawarkan ciri-ciri yang lebih menarik seperti span memori berketumpatan tinggi, tempat letak tangan 4D, fungsi baring sepenuhnya, sokongan lumbar boleh laras dan sebagainya. Di Malaysia, kerusi gaming mampu milik lebih menjadi pilihan bukan sahaja dikalangan gamer, tetapi juga menjadi pilihan youtuber dan sebagainya.
Jadi, dibawah ini kami senaraikan 10 model kerusi gaming terbaik yang popular di Malaysia yang boleh anda dapatkannya serendah RM300.
. 1. TTRacing Duo V3 |
|
Jenama TTRacing agak popular yang menawarkan kerusi gaming mampu milik. Kualitinya baik dengan rekaan yang sangat cantik. Jika anda memiliki bajet sekitar RM350, Model TTRacing Duo V3 salah satu model sesuai untuk anda. |
. 2. Cronus Orion Series |
|
Cronus Orion Series menawarkan rekaan kerusi yang hampir sama dengan model TTRacing Duo V3 dengan pilihan warna yang lebih pelbagai termasuk merah jambu. Ia dijual dengan harga sekitar RM349 seunit. |
. 3. GTGAMEZ Gaming Chair |
|
GTGAMEZ Gaming Chair menawrakan kerusi permainan yang lebih mampu milik. Bukan sahaja murah, ia turut menawarkan bantal leher dan tulang belakang untuk keselesaan yang lebih baik. |
. 4. TTRacing Swift X 2020 |
|
Untuk kerusi gaming yang lebih premium dari TTRacing, Kerusing gaming Swift X 2020 menawarkan pakej lengkap dengan kerusi boleh baring 165 darjah, bantal lumbar dan leher yang boleh dilaras serta ketiggian kerusi yang turut boleh dilaras. Harganya cuma RM599 dengan 6 pilihan warna kulit atau fabrik. |
. 5. TTRacing Surge |
|
Kerusi Gaming TTRacing Surge hadir denga rekaan bergaya dalam tiga pilihan warna termasuk Hitam, Merah dan Stealth. Dengan harga sekitar RM799, anda menerima kerusi gaming dengan fungsi baring sepenuhnya 180 darjah, bantal lumbar dan leher serta perehat tangan yang boleh dilaras. |
. 6. GTGAMEZ Diamond |
|
Harganya murah dan rekaannya cantik. Kerusi GTGAMEZ Diamond menjadi pilihan untuk para lelaki mahu pun perempuan yang inginkan gaming chair cantik, kelihatan premium pada harga mampu milik. |
. 7. Cronus Zeus Series |
|
Kerusi Gaming Cronus Zeus Series pula hadir denga rekaan kemas dalam tiga pilihan kulit dan juga fabrik. Harganya sekitar RM529 yang berbaloi dengan fungsi baring sepenuhnya, kulit premium, bantal lumbar dan leher serta perehat tangan yang boleh dilaras. |
. 8. Cooler Master Caliber R2 |
|
Jenama Cooler Master cukup popular dengan produk gaming. Selain perkakasan komputer mereka juga menawarkan kerusi gaming yang bagus. Kualitinya baik dengan rekaan yang sangat cantik. Jika anda memiliki bajet sekitar RM799, Model Cooler Master Caliber R2 salah satu model yang perlu anda pertimbangkan. |
. 9. Armaggeddon Shuttle II |
|
Kerusi Gaming Armaggeddon Shuttle II hadir denga rekaan kemas dan ringkas dengan jalur bewarna di sekelilingnya. Dengan harga sekitar RM599, kerusi gaming ini menawarkan fungsi baring sepenuhnya 160 darjah, bantal lumbar dan leher yang boleh dilaras serta perehat tangan dengan larasan 4D. |
. 10. Todak Alpha |
|
Todak Alpha menawarkan rekaan kerusi dengan rekaan yang menarik dalam 5 pilihan warna termasuk kuning, merah, biru. putih dan pink. Ia dijual dengan harga sekitar RM799 seunit. |
Tags
Latest Phones In Malaysia |
Comments |
Leave a Reply Cancel reply