Pemilihan mouse yang sesuai adalah perlu bagi memastikan anda mencapai kepuasan dalam bermain permainan di komputer. Ia bukan sahaja memerlukan sensor optikal yang bagus, namun rekaan yang ergonomik juga perlu bagi memberikan keselesaan tangan yang lebih baik.
Sesetengah pengguna juga mementingkan nilai estetika serperti sokongan kesan khas RGB yang boleh diprogramkan melalui aplikasi untuk diseragamkan bersama RGB pada keyboard, RAM. kepas pada CPU dan sebagainya. [AdsPost]
Bagi tetikus atau mouse gaming dibawah harga RM100, kesemua senarai dibawah merupkan mouse dengan sambungan wayar USB. Kelebihannya, ia lebih responsif berbanding mouse tanpa wayar serta tidak memerlukan bateri.
. 1. Corsair Harpoon Pro RGB |
|
[TopF1]Corsair Harpoon Pro RGB antara salah satu gaming mouse terbaik yang ada boleh dapati dibawah harga RM100. Rekaannya ringkas, ergonomik dan ringan menjadikan ia antara mouse yang popular di kalangan gamer. Tambahan pula ia menggunakan sensor 12,000 DPI yang sangat responsif serta 6 butang yang boleh boleh diprogramkan. |
. 2. ASUS P305 TUF Gaming M3 Wired RGB |
|
[TopF2]Untuk ASUS P305 TUF Gaming M3 pula menampilkan sensor optical 200 hingga 7,000 DPI serta membenarkan anda tetapkan empat tahap DPI yang berbeza melalui aplikasi ASUS Armory II. Ia memberi ruang untuk pengguna memilih DPI mengikut keselesaan serta ketepatan yang diinginkan. Mouse ini juga menyokong fungsi Aura Sync bagi menetapkan kesan khas lampu RGB. |
. 3. Logitech G102 Lightsync RGB |
|
[TopF3]Logitech G102 Lightsync RGB membawakan rekaan kemas dan mudah bukan sahaja sesuai untuk gamer, tetapi juga untuk golongan profesional. Ia boleh didapati serendah RM70 yang boleh didapati dalam warna hitam dan putih. Dengan sensor 8,000 DPI, 6 butang yang boleh diprogramkan serta sokongan Lightsync RGB menjadikan ia antara mouse terbaik untuk bajet sekitar RM70 – RM80. |
. 4. Razer DeathAdder Essential |
|
[TopF4]Jenama Razer sudah lama terkenal didalam dunia gaming dan juga arena ESport. Ia telah terbukti dalam mengeluarkan produk berkualiti dengan prestasi terbaik. Bagi jenama Razer, Razer DeathAdder Essential merupakan mouse gaming yang paling mampu milik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang terbaik. |
. 5. MSI Interceptor DS B1 |
|
[TopF5]Bagi yang inginkan gaming mouse dengan harga yang lebih mampu milik, MSI Interceptor DS B1 antara salah satu yang sesuai untuk anda. Rekaanya sangat ergonomik dengan lampu LED warna merah serta tiga pilihan DPI iaitu 800, 1200 dan 1600. |