Meja permainan atau gaming desk bukan sahaja tempat untuk meletakkan PC permainan anda semata-mata. Ia boleh dianggap sebagai pelaburan ergonomik bagi mendapatkan keselesaan yang berterusan. Kesalahan memilihan meja yang sesuai akan mengakibatkan kesakitan bertahun-tahun.
Untuk memilih meja permainan terbaik, anda perlu pertimbangkan ketinggian meja yang anda inginkan. Sesetengah gaming table memiliki pelaras ketinggian elektrik yang amat sesuai untuk pengguna yang fleksibel sama ada ingin menggunakannya sambil duduk atau berdiri.
Produk Gaming Terbaik Di Malaysia
- Keyboard Gaming Terbaik
- Gaming Chair Terbaik
- Gaming Mouse Terbaik
- Laptop Gaming Terbaik
- Monitor Ultrawide Terbaik
Anda juga perlu memikirkan berapa banyak ruang yang anda perlukan untuk monitor, papan kekunci dan PC anda sama ada mahu diletakkan di atas meja atau dibawah meja. Ruang untuk kabel juga penting untuk memastikan pengurusan kabel anda kemas.
Jadi, dibawah ini kami senaraikan 7 model meja komputer terbaik yang popular di Malaysia yang boleh anda dapatkannya serendah RM200.
. 1. TMAX K-Shaped Gaming Table |
|
TMAX K-Shaped Gaming Table merupakan meja gaming mampu milik dengan harga sekitar RM199 untuk saiz 120cm dan sekitar RM249 untuk meja dengan panjang 140cm. Ia menampikan kaki meja berbentuk K daripada logam serta permukaan meja dengan tekstur karbon fiber. |
. 2. TMAX Z-Shaped Gaming Table |
|
TMAX Z-Shaped Gaming Table memiliki beberapa aksesori tambahan seperti pemegang gelas dan headset. Ia juga memiliki lampu RGB di bahagian kedua-dua bahagian kiri dan kanannya. Di Malaysia, meja ini boleh didapati dengan harga sekitar RM259. |
. 3. GTGAMEZ Z Series Gaming Table |
|
GTGAMEZ Z Series Gaming Table menawarkan rekaan meja komputer yang ringkas dengan kerangka berbentuk Z. Ia juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, merah dan pink dangan kaki meja berwarna putih. |
. 4. GTGAMEZ K Series Gaming Table |
|
GTGAMEZ K Series Gaming Table merupakan meja gaming mampu milik dengan harga sekitar RM189 hingga RM279 bergantung pada saiz. Ia menampikan kaki meja berbentuk K daripada logam serta permukaan meja bewarna Frosted Black. |
. 5. Tomaz Armor Gaming Table |
|
Tomaz Armor Gaming menampilkan meja gaming premium dengan kerangka logam yang kukuh. Ia hadir dengan pelbagai aksesori tambahan termasuk pemegang cawan dan headset, ruang pengurusan kabel dan juga pelapik meja khas dengan jalur merah yang cantik. |
. 6. IKEA UTESPELARE Gaming Desk |
|
IKEA UTESPELARE Gaming Desk yang agak besar iaitu dengan panjang 160cm dan lebar 80cm. Ia menampilkan rekaan minimalis dalam dua pilihan warna kelabu dan hitam dengan ketinggian yang boleh dilaras. Terdapat mesh besi diatas meja untuk sejukan PC anda dan juga memudahkan pengurusan kabel yang lebih baik. |
. 7. Athena Standing Desk |
|
Sekiranya anda memerlukan meja gaming yang lebih advanced, Athena Standing Desk sesuai untuk anda. Harganya agak tinggi iaitu sekitar RM699 numun ia memberikan meja yang agak sempurna dengan pelaras ketinggian elektrik, rekaan yang kukuh serta beberapa aksesori menarik termasuk pemegang gelas dan headset. |
Tags
Latest Phones In Malaysia |
Comments |
Leave a Reply Cancel reply