Garmin Forerunner 55 Kini Di Malaysia

Garmin Malaysia telah mengumumkan jam tangan pintar yang lebih mampu milik, Garmin Forerunner 55. Jam pintar ini ditujukan kepada orang yang tidak memerlukan cir-ciri senaman tambahan seperti berbasikal, berenang dan sebagainya seperti yang terdapat pada model Forerunner 245, 745, atau yang lebih mewah Siri 945. Tetapi masih mahukan fungsi pengesan larian.

Forerunner 55 direka untuk yang masih baru dalam larian. Ia ringan dan mempunyai antaramuka ringkas dengan mod berjalan yang komprehensif serta petua latihan harian dan pemantauan kesihatan yang ditingkatkan.

Untuk spesifikasi, Garmin Forerunner 55 hadir dengan skrin jenis MIP 1.04-inci diameter dengan resolusi 208 x 208 pixels. Baterinya memiliki jangka hayat selama 2 minggu untuk mod jam pintar namun apabila di tukar kepada mod GPS, ia hanya bertahan sehingga 20 jam.

Bagi yang berminat, jam pintar ini ditawarkan pada harga RM960 yang didatangkan dalam empat pilihan warna termasuk hitam, putih, kelabu dan aqua. Ia boleh dibeli di kedai atas talian Shopee atau Lazada.