Harga Apple iPhone 14 Malaysia

Apple baru sahaja mengumumkan iPhone 14 bersama-sama dengan iPhone 14 Plus baharu dengan skrin yang lebih besar. iPhone 14 dan 14 Plus masing-masing dilengkapi dengan paparan OLED Super Retina XDR 6.1 inci dan 6.7 inci, dengan kadar penyegaran 60Hz, sokongan Dolby Vision dan HDR10.

Kedua-dua peranti ini menampilkan kamera Utama 12MP baharu dengan sensor yang lebih besar serta 12MP kamera sudut lebar untuk menangkap gambar pemandangan. Kamera selfie pula hadir dengan lensa 12MP yang turut serta dengan sensor SL 3D untuk bokeh dan pengimbas biometrik.

Harga Apple iPhone 14 Malaysia

Barisan iPhone 14 juga hadir dengan fungsi Emergency SOS via Satellite, yang membolehkan telefon bersambung terus ke satelit bagi menghantar SMS kecemasan apabila berada di luar liputan selular atau Wi-Fi.

Fungsi ini juga membolehkan pengguna berkongsi lokasi mereka apabila tiada sambungan selular atau Wi-Fi. Fungsi ini akan tersedia kepada pengguna di AS dan Kanada pada bulan November ini secara percuma selama dua tahun.

Selain itu, Apple turut bawakan fungsi Crash Detection yang membolehkan mengesan kemalangan kereta yang teruk dan mendail perkhidmatan kecemasan secara automatik apabila pengguna tidak sedarkan diri atau tidak dapat mencapai iPhone mereka.

Harga Apple iPhone 14 Malaysia

Fungsi ini menggunakan sensor dual-core accelerometer bagi mengesan G-force sehingga 256Gs sementara sensor barometer mengesan perubahan suhu dalam kabin kereta. GPS pula akan mengesan perubahan kelajuan sekiranya berlaku kemalangan.

Harga iPhone 14 Di Malaysia

Siri iPhone 14 akan tersedia untuk di tempah di Malaysia bermula dari 16 September 2022 dan tersedia di pasaran bermula 23 September 2022 untuk iPhone 14 dan 7 October 2022 untuk iPhone 14 Plus.

Harga iPhone 14 Di Malaysia seperti di bawah :

  • iPhone 14 – RM4,199 (128GB)
  • iPhone 14 – RM4,699 (256GB)
  • iPhone 14 – RM5,699 (512GB)
  • iPhone 14 Plus – RM4,699 (128GB)
  • iPhone 14 Plus – RM5,199 (256GB)
  • iPhone 14 Plus – RM6,199 (512GB)