Harga Apple iPhone 14 Pro Malaysia

Selain iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, Apple turut mengumumkan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max iaitu model tertinggi untuk siri iPhone 14.

Kedua-duanya hadir dengan cip A16 Bionic terkini, kamera 48MP baharu serta termasuk fungsi SOS Kecemasan melalui satelit dan penjejak kemalangan seperti yang terdapat pada iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Untuk skrin, ia didatangkan dengan paparan OLED Super Retina XDR 6.1 inci dan 6.7 inci dengan ProMotion yang menampilkan fungsi Always-On display untuk pertama kalinya pada iPhone. Ia menawarkan tahap kecerahan HDR puncak sehingga 2000 nits, iaitu dua kali lebih terang daripada iPhone 13 Pro.

Harga Apple iPhone 14 Pro Malaysia

Siri iPhone 14 Pro terbaru ini menampilkan cip A16 Bionic baharu yang mempunyai CPU 6 teras dengan prestasi 40% lebih pantas daripada pesaingnya. Ia juga menampilkan GPU 5 teras yang telah ditingkatkan dengan Enjin Neural 16-teras baharu yang mampu melakukan hampir 17 trilion operasi sesaat.

Harga Apple iPhone 14 Pro Malaysia

Barisan iPhone 14 Pro menampilkan kamera Utama 48MP baharu dengan sensor-shift OIS, kamera telephoto 12MP dengan 3x optikal zoom serta 12MP kamera sudut lebar. Untuk selfie pula, ia menawarkan lensa 12MP dan juga sensor SL 3D.

Harga Apple iPhone 14 Pro Di Malaysia

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max hadir dalam warna Space Black, Silver, Gold dan Deep Purple dalam pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.

Harga iPhone 14 Pro di Malaysia seperti di bawah :

  • iPhone 14 Pro – RM5,299 (128GB)
  • iPhone 14 Pro – RM5,799 (256GB)
  • iPhone 14 Pro – RM6,799 (512GB)
  • iPhone 14 Pro – RM7,799 (1TB)
  • iPhone 14 Pro Max – RM5,799 (128GB)
  • iPhone 14 Pro Max – RM6,299 (256GB)
  • iPhone 14 Pro Max – RM7,299 (512GB)
  • iPhone 14 Pro Max – RM8,299 (1TB)

Siri iPhone 14 Pro akan tersedia untuk di tempah di Malaysia bermula dari 16 September 2022 dan tersedia di pasaran bermula 23 September 2022 ini.