Harga Huawei Nova Y70 Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik, Huawei Malaysia baru sahaja mengumumkan peranti baru iaitu Huawei Nova Y70. Ia merupakan telefon pintar kelas permulaan dengan skrin yang besar serta kapasiti bateri besar.

Huawei nova Y70 menampilkan skrin LCD TFT bersaiz 6.75 inci dengan resolusi HD+ 1600 x 720 pixel. Tiada maklumat mengenai pemproses yang digunakan. Namun, model baru ini hadir dengan 4GB RAM, 128GB ROM, sokongan slot microSD sehingga 512GB serta sokongan rangkaian 4G LTE.

Untuk kamera pula, terdapat tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 48MP f/1.8, kamera ultra lebar 120 darjah 5MP f/2.2  dan penderia kedalaman 2MP f/2.4. Manakala di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 8MP f/2.0.

Huawei nova Y70 baharu juga dilengkapi dengan bateri 6,000 mAh yang besar dengan sokongan SuperCharge 22.5W. Menurut Huawei, bateri ini hanya perlu dicas dua kali seminggu. Fungsi lain yang terdapat pada Nova Y70 termasuk pengimbasan cap jari, bicu fon kepala 3.5mm serta dijalankan menggunakan platform EMUI 12 Huawei.

Untuk pasaran Malaysia, Huawei nova y70 dijual pada harga RM699 untuk model 4GB / 128GB. Ia boleh didapati bermula 17 June 2022 melalui laman web rasmi Huawei dan kedai rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Review Harga Huawei Nova Y70 Malaysia

.

Huawei Nova Y70

  • Skrin : TFT LCD 6.75-Inci, 1600 x 720 pixels
  • Pemproses : Octa-Core CPU
  • Platform : EMUI 12
  • Memori : 128GB / 4GB RAM
  • Kamera Utama : 48MP (Wide), 5MP (Ultrawide), 2MP (Depth)
  • Kamera Selfie : 8MP
  • Sambungan : WiFi 802.11b/g/n, Bluetooth 5.1, USB Type-C
  • Bateri : Li-Po 6000 mAh, Pengecas pantas 22.5W
  • Harga Di Malaysia : RM699
Huawei Nova Y70 merupakan smartphone mampu milik dengan skrin 6.75 inci, pemproses Octa-Core, 8MP kamera hadapan serta bateri Li-Po 6000 mAh. Terdapat tiga kamera belakang iaitu 48MP, 5MP dan lensa 2MP. Harga Huawei Nova Y70 di Malaysia adalah RM699 untuk model 4GB / 128GB.