Harga Laptop Acer Terkini Di Malaysia

Jenama Acer sudah lama terkenal dalam menghasilkan Laptop dengan harga berpatutan serta spesifikasi yang terbaik. Di pasaran Malaysia, terdapat lebih 5 siri utama laptop Acer seperti siri Acer Aspire untuk kegunaan harian dan pelajar, Acer Swift yang lebih premium dan nipis, Acer TravelMate untuk bisnes, Acer Nitro untuk gaming dan sebagainya.

Acer Aspire merupakan siri yang paling popular di Malaysia memandangkan ia menawarkan harga yang lebih mampu milik. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM1699 bergantung pada spesifikasi yang ditawarkan. Bagi yang gemarkan permainan PC, siri Acer Nitro sentiasa menjadi pilihan pengguna memandangkan ia menawarkan harga yang lebih berpatutan berbanding pesaingnya.

Baca Juga : Laptop Murah Terbaik dan Laptop Premium Bawah RM3000

Jadi, di bawah ini kami senarai kan 10 laptop Acer yang popular di Malaysia beserta spesifikasi serta harga di Malaysia. Kesemuanya adalah model terkini yang telah boleh di beli di pasaran. Model-model tersebut termasuk Acer Aspire 3, Acer Swift 3, Acer Nitro 5 dan sebagainya.

.

1. Acer Aspire 3 (A314-35-P9D3)

  • Pemproses: Intel Pentium Silver N6000
  • Grafik : Intel UHD Graphics 600
  • Memori : 4 GB DDR4 RAM
  • Storan : 256 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : TFT LCD 14″ FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 640 x 480 Resolution
  • Sambungan : WiFi 802.11 ac/a/b/g/n, Bluetooth 4.0
  • Bateri : 37 Wh, Li-ion 4810 mAh
  • Port : HDMI, 2X USB2.0, USB3.0, Ethernet, SD Card
  • Harga : RM1899 – RM2399 (Bergantung pada kapasiti RAM)
Acer Aspire 3 (A314-35-P9D3) merupakan laptop termurah didalam senarai ini. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Pentium Silver N6000 yang merupakan CPU terbaru dari Intel keluaran tahun 2021. Laptop ini dipadankan dengan 256GB SSD memori serta pilihan RAM dari 8GB hingga 16GB dengan harga jualan sekitar RM1899 hingga RM2399.

.

2. Acer Aspire 3 (A315-57G-541R)

  • Pemproses: Intel Core i5-1035G1
  • Grafik : NVIDIA GeForce MX330
  • Memori : 4 GB DDR4 RAM
  • Storan : 256 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : TFT LCD 15.6″ FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 640 x 480 Resolution
  • Sambungan : WiFi 802.11 ac/a/b/g/n, Bluetooth 4.0
  • Bateri : 36 Wh, Li-ion 3220 mAh
  • Port : HDMI, USB2.0, 2X USB3.2, Audio Jack, Ethernet
  • Harga : RM2599 – RM2699 (Bergantung pada kapasiti RAM)
Bagi yang inginkan laptop mampu milik yang lebih berkuasa, Acer Aspire 3 (A315-57G-541R) antara yang sesuai untuk anda. Ia hadir dengan pemproses Intel Core i5-1035G1 yang dipadankan bersama kad grafik NVIDIA GeForce MX330. Ia juga menawarkan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel.

.

3. Acer Aspire 5 (A515-56-555H)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 15.6″ FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 48 Wh, 3-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, USB2.0, 2X USB3.2, USB Type-C, Audio Jack, Ethernet
  • Harga : RM3099 – RM3499 (Bergantung pada kapasiti RAM)
Acer Aspire 5 (A515-56-555H) hadir dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 generasi terkini yang menawarkan 4-Core dan 8-Threads. Ia juga dipadankan dengan kad grafik terbina Intel Iris Xe Graphics. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta bateri 48 Wh.

.

4. Acer Swift 3 (SF314-59-56F2)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 14″ FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 48 Wh, 3-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, USB2.0, USB3.2 Type-C, USB3.2 Type-A, Audio Jack
  • Harga : RM3199
Acer Swift 3 hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan Acer Aspire 5. Perbezaan utama adalah dari segi bahan binaan dimana Acer Swift 3 diperbuat dari kerangka aluminium yang dilihat lebih premium, kukuh dan lebih nipis. Untuk spesifikasi, ia dipadukan oleh cip Intel Core i5-1135G7, 8 GB DDR4 RAM dan storan 512 GB.

.

5. Acer Swift 5 (SF514-55TA-79W5)

  • Pemproses : Intel Core i7-1165G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 16 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS Multi-Touch 14″ FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 56 Wh, 4-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, USB3.2 Type-C, 2X USB3.2 Type-A, Audio Jack
  • Harga : RM4499 – RM4699
Acer Swift 5 (SF514-55TA-79W5) menawarkan laptop yang berkuasa serta rekaan yang premium. Dengan harga sekitar RM4499 – RM4699, anda akan menerima Laptop dengan pemproses Intel Core i7-1165G7, 16 GB DDR4 RAM, 512 GB storan serta skrin sentuh jenis IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel.

.

6. Acer Nitro 5 (AN515-45-R9RJ)

  • Pemproses : AMD Ryzen 5 5600H
  • Grafik : Nvidia GTX 1650 4GB GDDR6
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 15.6″ FHD 1920 x 1080 pixel, 144 Hz
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : Wi-Fi 6 AX200 802.11a/b/g/n/acR2+ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 57.5 Wh, 4-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, USB3.2 Type-C, 3X USB3.2, Audio Jack, Network (RJ-45)
  • Harga : RM3499 – RM3699
Bagi yang sedang mencari laptop gaming dibawah harga RM4000, Acer Nitro 5 salah satu komputer riba yang sesuai untuk anda. Ia dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 5 5600H dengan kad grafik Nvidia GTX 1650. Ia turut hadir dengan skrin IPS bersaiz 15.6 inci, resolusi 1920 x 1080 pixel dan kadar penyegaran 144 Hz.

.

7. Acer Spin 3 (SP313-51N-56CM)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS Multi-Touch 13.3″ 2560 x 1600 Pixel
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : Wi-Fi 6 802.11 a/b/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 56 Wh, 4-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, USB3.2 Type-C, 2X USB3.2, Audio Jack
  • Harga : RM3899
Acer Spin 3 merupakan laptop jenis dua dalam satu dimana ia boleh dilipat 360 darjah untuk dijadikan Tablet. Laptop ini dikuasakan oleh cip Intel Core i5-1135G7 generasi terkini serta dipadankan dengan kad grafik terbina Intel Iris Xe Graphics. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta bateri 56 Wh.

.

8. Acer Spin 5 (SP513-55N-53Q7)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS Multi-Touch 13.3″ 2256 x 1504 Pixel
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n+ac+ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 56 Wh, 4-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, 2X USB3.2 Type-C, 2X USB3.2, Audio Jack
  • Harga : RM4599
Acer Spin 5 (SP513-55N-53Q7) menawarkan laptop dua dalam satu yang berkuasa dan premium. Dengan harga sekitar RM4599, anda akan menerima Laptop dengan pemproses Intel Core i5-1135G7, 8 GB DDR4 RAM, 512 GB storan serta skrin sentuh jenis IPS bersaiz 13.3 inci dengan resolusi 2256 x 1504 Pixel.

.

9. Acer TravelMate P2 (TMP214-53-534K)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 / 12 / 16 / 24 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 14″ 1920 X 1080 Pixel
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/ax Bluetooth 5.0
  • Bateri : 56 Wh, 4-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, 3X USB3.2, Audio Jack, Ethernet
  • Harga : RM2799 – RM3199 (Bergantung pada kapasiti RAM)
Acer TravelMate P2 (TMP214-53-534K) menawarkan laptop bekuasa pada harga mampu milik sesuai untuk golongan bisnes dan profesional. Ia hadir dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 serta kad grafik terbina Intel Iris Xe Graphics. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta skrin 14 inci dengan resolusi 1920 X 1080 Pixel.

.

10. Acer Predator Helios 300 (PH315-53-79E7)

  • Pemproses : Intel  Core i7 10870H
  • Grafik : NVIDIA GeForce RTX TM 3060
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 15.6″ 1920 X 1080 Pixel, 144 Hz
  • Webcam : 1280 x 720 Resolution
  • Sambungan : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/ax Bluetooth 5.0
  • Bateri : 58.7 Wh, 4-Cell Li-ion
  • Port : HDMI, 1X USB3.2 Type-C, 3X USB3.2, Audio Jack, Ethernet
  • Harga : RM5999
Untuk kaki gaming yang perlukan laptop yang berkuasa, Acer Predator Helios 300 (PH315-53-79E7) merupakan pilihan terbaik untuk anda. Ia hadir dengan pemproses Intel  Core i7 10870H, kad grafik NVIDIA GeForce RTX TM 3060 serta bateri 58.7 Wh. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta skrin IPS 15.6 inci dengan kadar penyegaran 144 Hz.