Harga Laptop Asus Malaysia

Sekiranya anda sedang mencari komputer riba baru, model-model keluaran Asus harus anda masukkan dalam senarai pilihan anda. Sebagai salah satu pengeluar komputer riba terbesar di dunia, Asus adalah syarikat yang sudah terkenal dalam menghasilkan komputer riba yang berkualiti dengan spesifikasi terbaik pada harga yang berpatutan.

Senarai Laptop Popular Di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Asus banyak membawa masuk pelbagai model termasuk laptop yang khusus untuk Gaming seperti Asus ROG Strix, Asus TUF, Asus ROG Zephyrus dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga laptop mampu milik dari siri Asus VivoBook serta laptop premium dari siri Asus ZenBook.

Jadi, di bawah ini kami senarai kan 13 laptop Asus terkini yang popular di Malaysia berserta spesifikasi serta harga di Malaysia. Model-model tersebut termasuk Asus VivoBook 14, Asus ZenBook 13, Asus ROG Strix G15 dan sebagainya.

.

1. Asus E410M-AEK664TS

  • Pemproses: Intel Pentium N5030
  • Grafik : Intel UHD Graphics 605
  • Memori : 4 GB DDR4 RAM
  • Storan : 256 GB M.2 NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : LCD 14-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : VGA Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.1
  • Bateri : 42WHrs, 3-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, USB3.2, USB2.0, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM1999
Asus E410M-AEK664TS merupakan laptop yang sesuai untuk kegunaan harian dan pelajar. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Pentium N5030 serta dipadankan dengan 256GB SSD memori dan 4GB RAM. Di Malaysia, ia dijual dengan harga sekitar RM1999.

.

2. Asus A416E-AEB246TS

  • Pemproses: Intel Core i3-1115G4
  • Grafik : Intel UHD Graphics
  • Memori : 4 GB DDR4 RAM
  • Storan : 256 GB PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : LCD 14-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : VGA Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.1
  • Bateri : 37 WHr, 2-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, USB3.2, USB2.0, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM2299
Asus A416E-AEB246TS antara model mampu milik yang berbaloi dimiliki dengan harga RM2299 di Malaysia. Ia hadir dengan pemproses Intel Core i3-1115G4 generasi ke-11 keluaran 2021 yang dipadankan bersama 256GB SSD dan 4GB RAM. Ia juga menawarkan skrin bersaiz 14 inci dengan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel.

.

3. Asus A516E-AEJ123TS

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 4 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : 15.6-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : VGA Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac, Bluetooth 4.1
  • Bateri : 37 Wh, 2-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, USB3.2, USB2.0, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM2799
Asus A516E-AEJ123TS hadir dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 dengan Intel Iris Xe Graphics GPU. Laptop ini juga menawarkan 4 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta bateri 37 Wh. Untuk skrin, laptop ini tampil dengan paparan 15.6 inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel.

.

4. Asus VivoBook 14 (M413I-AEB1005TS)

  • Pemproses : AMD Ryzen 5 4500U
  • Grafik : AMD Radeon Graphics
  • Memori : 4 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 15.6″ FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : VGA Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 42 WHrs, 3-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, USB3.2, 2x USB2.0, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM2799
Bagi yang inginkan Laptop dengan cip AMD, Asus turut menawarkan Asus VivoBook 14 (M413I-AEB1005TS) yang dipadukan oleh cip AMD Ryzen 5 4500U, 4 GB DDR4 RAM dan storan 512 GB. Laptop ini juga menawarkan skrin bersaiz 15.6 inci degan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel.

.

5. Asus VivoBook 15 (K513E-ABN767TS)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : 15.6-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 720p HD Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 42 WHr, 3-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, USB3.2, 2x USB2.0, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM3199
Dengan harga serendah RM3199, Asus VivoBook 15 (K513E-ABN767TS) menawarkan pemproses Intel Core i5-1135G7, 8 GB DDR4 RAM, 512 GB storan serta skrin sentuh jenis IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel. Laptop ini sesuai untuk bisnes serta golongan professional.

.

6. Asus VivoBook 15X

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : NVIDIA GeForce MX350 (2GB GDDR5)
  • Memori : 16 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : 15.6-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 720p HD Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 42 Wh, 3-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, USB3.2, 2x USB2.0, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM3399
Asus VivoBook 15X dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-1135G7 dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX350. Ia turut hadir dengan skrin IPS bersaiz 15.6 inci serta resolusi FHD 1920 x 1080 pixel. Di bahagian dalam, laptop ini tampil dengan 16 GB DDR4 RAM serta 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD.

.

7. Asus ZenBook 13 (UX325E-AEG061TS)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : 13.3-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 720p HD Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 67 WH, 4-Cell
  • Port : HDMI, 2X Thunderbolt 4, USB3.2, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM3799
Asus ZenBook 13 (UX325E-AEG061TS) merupakan laptop premium dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 dengan kad grafik Intel Iris Xe Graphics. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta bateri 67 Wh.

.

8. Asus ZenBook 14 (UX425E-ABM067TS)

  • Pemproses : Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : 14-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 720p HD Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 67 WH, 4-Cell
  • Port : HDMI, 2X Thunderbolt 4, USB3.2, Audio Jack, MicroSD Reader
  • Harga : RM3799
Bagi golongan professional dan content creator yang inginkan laptop premium dari Asus, Asus ZenBook 14 (UX425E-ABM067TS) salah satu laptop terbaik untuk anda. Dengan harga sekitar RM3799, anda akan menerima Laptop dengan pemproses Intel Core i5-1135G7, 8 GB DDR4 RAM, 512 GB storan serta skrin jenis IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel.

.

9. Asus TUF F15 (FX506L-HHN080T)

  • Pemproses : Intel Core i5-10300H
  • Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1650
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe SSD
  • Platform : Windows 10
  • Skrin : 15.6-inci FHD 1920 x 1080 pixel, 144Hz
  • Webcam : 720p HD Camera
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 48 WHrs, 3-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, USB3.2, 2x USB2.0, Audio Jack
  • Harga : RM3699
Asus TUF F15 hadir dengan rekaan laptop gaming premium dengan kerangka aluminium. Ia menawarkan skrin IPS 15.6 Inci, resolusi 1920 x 1080 pixel dan kadar segar 144Hz. Ia juga menawarkan chipset Intel Core i5-10300H serta 512GB PCIE NVME SSD memori dan 8GB DDR4 RAM.

.

10. Asus ROG Strix G15 (G513Q-CHN020T)

  • Pemproses : AMD Ryzen 7 5800H
  • Grafik : NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB GDDR6
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 15.6-inci FHD 1920 x 1080 pixel, 144Hz
  • Webcam : –
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.1
  • Bateri : 56 Wh, 4-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, 3X USB3.2, Audio Jack
  • Harga : RM4599
Asus ROG Strix G15 G513Q menampilkan rekaan yang unik dengan lampu backlit papan kekunci RGB serta jalur RGB di bawah laptop. Untuk harga sekitar RM4599 anda boleh dapatkan model Asus ROG Strix G15 dengan pemproses AMD Ryzen 7 5800H, NVIDIA GeForce RTX 3050, 8GB DDR4 RAM dan 512GB SSD.

.

11. Asus ROG Strix G17 (G713Q-CHX022T)

  • Pemproses : AMD Ryzen 7 5800H
  • Grafik : NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB GDDR6
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 17.3-inci FHD 1920 x 1080 pixel, 144Hz
  • Webcam : –
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.1
  • Bateri : 56 Wh, 4-Cell
  • Port : HDMI, USB 3.2 Type-C, 3X USB3.2, Audio Jack, RJ45 port
  • Harga : RM4799
[TopF11]Untuk yang inginkan laptop gaming dengan skrin yang besar, Asus ROG Strix G17 merupakan pilihan terbaik untuk anda. Ia hadir dengan pemproses AMD Ryzen 7 5800H, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB GDDR6 serta bateri 56 Wh. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta skrin IPS 17 inci dengan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel, 144Hz.

.

12. Asus TUF Dash F15 (FX516P-EHN006T)

  • Pemproses : Intel Core i7-11370H
  • Grafik : NVIDIA GeForce RTX 3050Ti 4GB GDDR6
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 15.6-inci FHD 1920 x 1080 pixel, 144Hz
  • Webcam : –
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.1
  • Bateri : 76 Wh, 4-Cell
  • Port : HDMI,  Thunderbolt 4, USB 3.2, Audio Jack, RJ45 Port
  • Harga : RM4699
[TopF12]Bagi yang inginkan laptop gaming dengan julat harga RM4600 – RM5000 yang menggunakan chipset Intel Core i7, Asus TUF Dash F15 salah satu model yang boleh diketengahkan untuk anda. Ia menggunakan cip Intel Core i7-11370H dengan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 3050Ti 4GB GDDR6. Ia juga menampilkan skrin IPS 15.6 dengan bezel yang nipis.

.

13. Asus ROG Zephyrus G14 (GA401Q-MK2164TS)

  • Pemproses : AMD Ryzen 9 5900HS
  • Grafik : NVIDIA GeForce RTX 3060 (6GB GDDR6)
  • Memori : 16 GB DDR4 RAM
  • Storan : 1 TB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS 14-inci WQHD 2560 x 1440 pixel, 120Hz
  • Webcam : 720p@30fps
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 76 Wh, 4-Cell
  • Port : HDMI, 2X USB 3.2 Type-C, 2X USB3.2, Audio Jack
  • Harga : RM7499
[TopF13]Untuk yang inginkan laptop gaming berkuasa dengan cip Ryzen 9, Asus ROG Zephyrus G14 merupakan pilihan terbaik untuk anda. Ia hadir dengan pemproses AMD Ryzen 9 5900HS, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 serta bateri 76 Wh. Laptop ini juga menawarkan 16 GB DDR4 RAM, 1TB PCIe NVMe SSD serta skrin IPS 14 inci dengan resolusi WQHD 2560 x 1440 pixel, 120Hz.