Sekiranya anda sedang mencari komputer riba, banyak model dari pelbagai jenama yang boleh dipilih. Namun, pekara yang lebih penting sebelum membuat pembelian adalah dengan mengetahui spesifikasi dengan terperinci untuk model yang kita inginkan.
Untuk jenama Dell, ia merupakan jenama laptop yang sesuai untuk golongan bisnes dan professional. Dell juga turut menawarkan beberapa model mampu milik untuk kegunaan pelajar dan untuk kegunaan harian. Untuk pasaran Malaysia, terdapat dua siri utama laptop Dell iaitu Inspiron dan juga XPS. Siri inspiron hadir dengan banyak variasi yang terdiri dari model mampu milik hinggalah ke model premium dengan spesifikasi tinggi.
Untuk siri XPS pula menawarkan laptop berkuasa khusus untuk golongan professional dan juga content creator. Dell juga ada menawarkan komputer khusus untuk gaming iaitu siri Alienware dengan spesifikasi tinggi. Jadi, dibawah ini adalah senarai harga dan spesifikasi laptop Dell keluaran terkini yang popular di Malaysia.
. 1. Dell Inspiron 15 3505 |
|
Dell Inspiron 15 3505 merupakan laptop mampu milik di dalam senarai ini. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel AMD Athlon Silver 3050U 2.3GHz yang merupakan CPU keluaran tahun 2020. Laptop ini dipadankan dengan 256GB SSD memori serta pilihan RAM dari 4GB hingga 20GB dengan harga jualan sekitar RM1999 hingga RM2499. |
. 2. Dell Inspiron 15 3501 |
|
Bagi yang inginkan laptop mampu milik yang lebih berkuasa, Dell Inspiron 15 3501 antara yang sesuai untuk anda. Ia hadir dengan pemproses Intel Core i3-1115G4 generasi ke-11 keluaran 2021 yang dipadankan bersama 256GB SSD dan RAM sehingga 16GB. Ia juga menawarkan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel. |
. 3. Dell Inspiron 15 3515 |
|
Dell Inspiron 15 3515 hadir dengan pemproses keluaran AMD iaitu Ryzen 5 3500U dengan pemproses grafik AMD Radeon Vega 8. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta bateri 41 Wh. Untuk skrin, laptop ini tampil dengan paparan 15.6 inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel. |
. 4. Dell Inspiron 15 3511 |
|
Dell Inspiron 15 3511 menawarkan spesifikasi yang agak bagus serta harga yang berpatutan. Ia amat sesuai untuk golongan bisnes dan profissional. Untuk spesifikasi, ia dipadukan oleh cip Intel Core i5-1135G7, 8 GB DDR4 RAM dan storan 512 GB. Laptop ini juga menawarkan skrin bersaiz 15.6 inci degan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel. |
. 5. Dell Inspiron 14 5415 |
|
Bagi yang inginkan laptop berkuasa dengan cip keluaran AMD Ryzen terkini, Dell Inspiron 14 5415 adalah salah satu model yang paling berbaloi untuk anda. Dengan harga serendah RM3199, anda akan menerima Laptop dengan pemproses AMD Ryzen 5 5500U, 8 GB DDR4 RAM, 512 GB storan serta skrin sentuh jenis IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel. |
. 6. Dell Inspiron 14 7400 |
|
Bagi golongan professional yang mementingkan kualiti display yang bagus, Dell Inspiron 14 7400 amat sesuai untuk anda. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-1135G7 dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX350. Ia turut hadir dengan skrin IPS bersaiz 14.5 inci serta resolusi QHD 2560 x 1600 pixel. |
. 7. Dell Inspiron 15 7510 |
|
Dell Inspiron 15 7510 merupakan laptop Intel Core i5-11400H dengan kad grafik yang bagus iaitu NVIDIA GeForce RTX 3050 ia amat sesuai untuk conten creator serta sesuai untuk permainan PC. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta bateri 56 Wh. |
. 8. Dell Inspiron 16 7610 |
|
Bagi golongan professional dan content creator yang inginkan laptop dengan skrin yang lebih besar, Dell Inspiron 16 7610 salah satu laptop terbaik untuk anda. Dengan harga sekitar RM5599, anda akan menerima Laptop dengan pemproses Intel Core i5-11400H, 16 GB DDR4 RAM, 512 GB storan serta skrin sentuh jenis IPS bersaiz 16 inci dengan resolusi 3K 3072 x 1920 pixel. |
. 9. Dell XPS 13 9305 |
|
Dell XPS 13 9305 menawarkan laptop premium dan bekuasa sesuai untuk golongan bisnes dan profesional. Ia hadir dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 serta kad grafik terbina Intel Iris Xe Graphics. Laptop ini juga menawarkan 8 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta skrin IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920 X 1080 Pixel. |
. 10. Dell XPS 17 9710 |
|
Untuk yang inginkan laptop berkuasa dengan skrin yang besar, Dell XPS 17 9710 merupakan pilihan terbaik untuk anda. Ia hadir dengan pemproses Intel Core i7 10870H, kad grafik NVIDIA GeForce RTX TM 3060 serta bateri 97 Wh. Laptop ini juga menawarkan 16 GB DDR4 RAM, 512 GB PCIe NVMe SSD serta skrin IPS 17 inci dengan resolusi UHD+ 3840 x 2400 pixel. |
Tags
Latest Phones In Malaysia |
Comments |
Leave a Reply Cancel reply