harga Lenovo Legion Y70 di Malaysia

Lenovo baru sahaja memperkenalkan smartphone khusus untuk gaming terbaru iaitu Lenovo Legion Y70. Telefon ini menampilkan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran 144Hz.

Ia turut dipadankan dengan pemproses Snapdragon 8+ Gen 1, sehingga 16GB RAM, storan UFS sehingga 512GB serta mempunyai bateri 5100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W.

Di bahagian belakang, peranti ini mempunyai tiga kamera dengan sensor utama 50MP dengan OIS dan mempunyai keupayaan untuk merakam video 8K. Dua lagi sensor iaitu 13MP lensa sudut lebar dan 2MP sensor kedalaman. Untuk selfie pula, ia dipadankan dengan kamera 16MP.

harga Lenovo Legion Y70 di Malaysia

Untuk pengalaman gaming yang lebih baik, peranti ini memiliki motor getaran paksi X untuk memberikan pengalaman haptik sistem yang lebih hebat.

Lenovo Legion Y70 didatangkan dalam warna Ice White, Titanium Grey dan Flame Red, berharga 2970 Yuan (Sekitar RM1999) untuk model 8GB + 128GB, 3370 yuan (Sekitar RM2299) untuk model 12GB + 256GB, 4270 yuan (Sekitar RM2799) untuk model 16GB + 512GB. Ia boleh didapati di China bermula 22 Ogos ini.

Semak harga Lenovo Legion Y70 di Malaysia terkini apabila model ini berada di pasaran kelak.