Harga Oppo A57e Malaysia

Selain Oppo A57s, Oppo telah mengumumkan satu lagi model yang lebih mampu milik iaitu Oppo A57e.

Sebenarnya Oppo A57e dan Oppo A57s adalah telefon pintar yang serupa. Namun Oppo A57e munggunakan kamera utama 13MP tanpa pembesar suara stereo dan NFC. Ia juga dilengkapi dengan Bluetooth 5.2 dan bukannya 5.3. Spesifikasi lain adalah sama.

Oppo A57e hadir dengan pemproses SoC Helio G35, menjalankan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 dan didatangkan dalam 4GB RAM dan 64GB storan.

Harga Oppo A57e Malaysia

Ia juga hadir dengan skrin 6.56-inci jenis LCD dengan resolusi HD+. Ia dilindungi oleh Panda Glass dan mempunyai takuk untuk kamera swafoto 8MP. Kamera utama pula menggunakan sensor 13MP dengan 2MP unit monokrom.

Harga Oppo A57e Di Malaysia

Oppo A57e hadir dalam warna Hijau dan Hitam dan tersedia untuk pembelian di India pada harga INR13,999 (Sekitar RM789). Memandangkan di Malaysia telah ada model yang sama iaitu Oppo A57 4G. Kemungkinan besar Oppo A57e tidak akan dibawa masuk ke pasaran tempatan.