Harga Oppo A57s Malaysia

Oppo telah menambah satu lagi model untuk barisan smartphone mampu milik iaitu Oppo A57s. Peranti ini dikuasakan oleh SoC Helio G35, menjalankan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 dan didatangkan dalam 4GB RAM dan 64GB storan.

Walaupon memiliki jumlah RAM yang agak terhad, peranti ini menyokong fungsi pengembangan RAM yang membolehkan menambah hampir 4GB RAM tambahan menggunakan storan dalaman peranti. Ia juga mempunyai slot kad mikroSD untuk pengembangan storan sehingga 1TB.

Oppo A57s dibina dengan skrin 6.56-inci jenis LCD dengan resolusi HD+. Ia dilindungi oleh Panda Glass dan mempunyai takuk untuk kamera swafoto 8MP. Kamera utama pula menggunakan sensor 50MP dengan 2MP unit monokrom.

Harga Oppo A57s Malaysia

Oppo A57s diberi penarafan IP54 dimana ia kalis air dan debu. Ia juga mempunyai cip NFC, pembaca cap jari yang dipasang di sis, bicu fon kepala 3.5mm, pembesar suara stereo ultra-linear dan audio Dirac 3.0 serta bateri 5,000 mAh yang dicas melalui port USB-c sehingga 33W.

Harga Oppo A57s Di Malaysia

Oppo A57s didatangkan dalam warna Starry Black dan Sky Blue namun tidak ada maklumat rasmi mengenai harga dan ketersediaannya.

Di Malaysia, model Oppo A57 telah dilancarkan pada bulan Jun lalu dengan harga RM789. Perbezaan antara Oppo A57 dan Oppo A57s hanyalah pada kamera utama dimana A57s hadir dengan 50MP kamera manakala A57 memiliki 13MP kamera.

Jadi, harga Oppo A57s di Malaysia mungkin lebih tinggi iaitu sekitar RM899 sekiranya model ini dibawa masuk ke pasaran tempatan.