Harga Realme GT Neo3 Malaysia

Realme baru sahaja melancarkan GT Neo3 untuk pasaran tempatan. Ia menampilkan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 1000Hz.

Telefon pintar yang mengfokuskan permainan ini dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 8100 terkini dan mempunyai 8GB RAM serta 256GB memori dalaman.

Untuk kamera, peranti ini mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766, OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2mp. Terdapat juga kamera 16MP untuk selfie di hadapan.

Realme GT Neo3 juga memiliki bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W yang boleh mengecas sehingga 100% dalam masa 32 minit sahaja.

Realme GT Neo3 didatangkan dalam warna Nitro Blue, Stripe White dan Asphalt Black yang dijual di Malaysia pada harga RM2099. Ia boleh didapati bermula 15 Jun 2022 di kedai rasmi Realme termasuk di Shoppe dan Lazada.

Harga Realme GT Neo3 Malaysia

.

Realme GT Neo3

  • Skrin : AMOLED 6.7-Inci, 1080 x 2412 pixels, 120Hz, HDR10+
  • Pemproses : MediaTek Dimensity 8100 (5 nm)
  • Platform : Android 12
  • Memori : 256GB / 8GB RAM
  • Kamera Utama : 50MP (Wide), 8MP (Ultrawide), 2MP (Macro)
  • Kamera Selfie : 16MP
  • Sambungan : WiFi 802.11 a/b/g/n/ac/6, Bluetooth 5.3, USB Type-C
  • Bateri : Li-Po 5000 mAh, Pengecas pantas 80W
  • Harga Di Malaysia : RM2099
Realme GT Neo3 merupakan smartphone gaming dengan skrin 6.7 inci, pemproses Dimensity 8100, 16MP kamera hadapan serta bateri Li-Po 5000 mAh. Terdapat tiga kamera belakang iaitu 50MP, 8MP dan lensa 2MP. Harga Realme GT Neo3 di Malaysia adalah RM2099 untuk model 8GB / 256GB.