Harga Redmi Note 12 5G Malaysia

Xiaomi baru sahaja memperkenalkan peranti mampu milik baru iaitu Xiaomi Redmi Note 12 5G. Ia mempunyai skrin OLED bersaiz 6.67 inci FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz. Peranti ini turut dikuasakan oleh Snapdragon 4 Gen 1 SoC dengan sehingga 8GB RAM serta ruang storan sehingga 256GB.

Telefon ini mempunyai kamera belakang 48MP bersama-sama dengan sensor kedalaman 2MP serta kamera hadapan 8MP. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan bateri 5000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 33W.

Spesifikasi Dan Harga Redmi Note 12 5G

  • Skrin OLED bersaiz 6.67-inci FHD+ (1080×2400 pixels), 120Hz refresh rate
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 4 Gen 1 6nm dengan Adreno GPU
  • Pilihan 4GB / 6GB / 8GB RAM
  • Memori 128GB / 256GB UFS 2.2
  • Android 12 dengan antaramuka MIUI 13
  • Kamera utama 48MP dengan 2MP sensor
  • Kamera hadapan 8MP
  • Pengimbas cap jari di sisi
  • Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1, GPS + GLONASS, USB Type-C
  • Bateri 5000mAh dengan pengecas pantas 33W
  • Harga Xiaomi Redmi Note 12 5G di Malaysia dijangka bermula RM799

Redmi Note 12 5G didatangkan dalam warna Hitam, Putih dan Biru, berharga 1199 yuan untuk pasaran China (Sekitar RM799) bagi model 4GB/128GB dan 1599 yuan (Sekitar RM1099) untuk model tertinggi 8GB/256GB. Ia akan mula dijual di China mulai 31 Oktober.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaan serta harga rasmi Redmi Note 12 5G untuk pasaran Malaysia.