Harga Samsung Galaxy A04s Malaysia

Samsung telah memperkenalkan smartphone baru yang dinamakan sebagai Samsung Galaxy A04s, telefon siri A bajet bagi menggantikan model Samsung Galaxy A03s yang diumumkan tahun lalu.

Smartphone mampu milik ini mempunyai paparan HD+ Infinity-V bersaiz 6.5-inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan kamera selfie 5MP di bahagian hadapan.

Ia juga mempunyai pemproses Octa-Core, Exynos 850 dengan pilihan memori sehingga 128GB serta sehingga 4GB RAM. Telefon ini mempunyai kamera belakang 50MP dengan sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Ia juga hadir dengan pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, dan mempunyai bateri 5000mAh.

Harga Samsung Galaxy A04s Malaysia

Samsung Galaxy A04s hadir dalam warna Hitam, Hijau, Putih dan Oren Copper dan memasuk pasaran di beberapa negara Eropah seperti Norway, Denmark, Sweden dan banyak lagi.

Harga Samsung Galaxy A04s Malaysia

Buat masa ini tiada maklumat harga didedahkan. Samsung Galaxy A03s dijual pada harga RM559 untuk pasaran tempatan. Jadi, harga Samsung Galaxy A04s di Malaysia berkemungkinan pada julat harga yang sama sekiranya model ini memasuki pasaran tempatan.