Harga Samsung Galaxy A22 5G Malaysia

Samsung Malaysia baru saja mengumumkan peranti baru Samsung Galaxy A22 5G, telefon pintar 5G kelas pertengahan dalam ‘siri A’. Peranti ini hadir dengan paparan LCD FullHD+ bersaiz 6.6 inci dengan takuk Infinity-V dan kadar penyegaran 90Hz. Ia turut dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 700 SoC dengan RAM 8GB serta memori dalaman 128GB.

Untuk kamera, peranti ini menawarkan tiga lensa belakang dengan sonsor utama 48MP, kamera ultra lebar 5MP dan 2MP sensor kedalaman. Manakala untuk selfie pula, ia hadir dengan kamera 8MP. Peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi serta bateri 5000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 15W.

Spesifikasi & Harga Samsung Galaxy A22 5G

  • Skrin LCD FHD+ Infinity-V bersaiz 6.6-inci dengan kadar segar 90Hz
  • Pemproses Octa-Core MediaTek Dimensity 700 7nm dengan Mali-G57 MC2 GPU
  • 8GB LPDDR4x RAM dengan 128GB (UFS 2.1) storan, boleh ditambah sehingga 1TB dengan microSD
  • Platform Android 11 dengan antaramuka OneUI 3.1
  • Kamera belakang 48MP, 5MP kamera sudut lebar, 2MP sensor potret
  • 8MP kamera selfie
  • Pengimbas cap jari disisi, 3.5mm audio jack, Dolby Atmos, Samsung Pay
  • Rangkaian 5G SA/ NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac, Bluetooth 5.1, NFC
  • Bateri 5000mAh dengan pengecas pantas 15W
  • Harga Samsung Galaxy A22 5G di Malaysia RM999 (8GB/128GB)

Untuk pasaran Malaysia, Samsung Galaxy A22 5G hadir dalam warna Kelabu, Mint dan Violet dan berharga RM999. Ia akan dilancarkan di Eropah mulai bulan Jun. Ia boleh dibeli melalui laman Samsung Malaysia mulai 2 July 2021.