Samsung Malaysia telah mengesahkan peranti pertenghan, Samsung Galaxy A9 akan mula dijual di Malaysia bermula 23 November ini. Peranti dengan empat kamera belakang itu akan dijual dengan harga RM1999 dan bakal hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah jambu.
Samsung Galaxy A9 2018 merupakan peranti pertama yang menggunakan aturan empat kamera di bahagian belakang. Kamera utamanya hadir dengan 24 Megapixel dengan bukaan aperture F1.7. Lensa ke-2 jenis sudut lebar 120 darjah dengan sensor 8 Megapixel, F2.0 untuk mengambil gambar lanskap dan juga bagunan. Lensa ke-3 merupakan lensa telephoto 10 Megapixel, F2.4 dengan kemampuan 2x Zoom. Terakhir adalah lensa pengesan kedalaman dengan sensor 5 Megapixel untuk menghasilkan live bokeh.
Kamera hadapannya menawarkan kamera dengan sensor 24 Megapixel serta aperture F2.0 untuk mengambil gambar selfie.
Peranti ii juga hadir dengan skin AMOLED bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1080 x 2220 pixels (FHD+). Untuk pasaran Malaysia, hanya model dengan 128 GB memori dalaman serta 6 GB RAM hadir di pasaran. Ia turut dipadankan dengan cipset Snapdragon 660 serta bateri Li-Ion 3800 mAh.
Bagi yang berminat, boleh dapatkan Samsung Galaxy A9 di Malaysia mulai 23 November ini pada harga RM1999. Ia boleh di apati dari pengedar rasmi Samsung seluruh Malaysia. Berita baik untuk pembeli yang terawal akan menerima JBL GO2 Wireless Speaker, kad memori Samsung 128GB, Power Bank 10000mAh, 3 bulan pelindung skrin, Tiket TGV Movie serta 3 bulan langganan Sptify Premium.