[AdsFB]
Sony Xperia XA, Xperia XA Ultra Dan Xperia X Di Malaysia Bermula 22 Jun Ini. Harga di Malaysia Dari RM1199, RM1699 Dan RM2499.
[AdsLink]Perkembangan terkini untuk siri smartphone Xperia X bagi pasaran Malaysia dimana Sony baru sahaja melancarkan tiga model smartphone tersebut untuk pasaran tempatan. Model tersebut termasuklah Sony Xperia X, Sony Xperia XA dan sebuah phablet, Sony Xperia XA Ultra yang baru sahaja dilancarkan sebelum ini.
Bagi harganya pula, Sony Xperia X dan XA masing-masing akan dijual dengan harga RM2499 dan RM1199 di Malaysia yang akan berada dipasaran bermula 22 Jun ini. Manakala untuk harga Sony Xperia XA Ultra pula akan mulakan jualan pada bulan Julai ini dengan harga pasaran RM1699. [AdsPost]
Sedikit mengenai spesifikasi peranti-peranti tersebut dimana ia merupakan siri baru dari Sony bagi menggantikan model perdana Xperia Z. Bagi model Xperia XA Ultra yang merupakan sebuah phablet 6.0 inci hadir dengan CPU Mediatek Helio P10, 16 GB memori terbina, 3 GB RAM serta 21.5 Megapixel kamera.
Dari Kiri Gambar Sony Xperia X, Xperia XA Dan Xperia XA Ultra. Klik Untuk Besarkan |
Untuk model Xperia X pula menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi dengan pemproses Snapdragon 650, 23 Megapixel kamera, 64 GB memori terbina, serta 3 GB RAM. Peranti ini turut hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD 1080P.
Bagi Sony Xperia XA pula menawarkan harga dan spesifikasi yang lebih rendah. Peranti ini hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci, resolusi HD 720P serta lapisan skrin yang tahan calar. Diadalamnya turut menggunakan CPU Mediatek Helio P10 dengan 2 GB RAM serta 16 GB ruang storan dalaman. Manakala untuk kameranya pula hadir dengan lensa 13 Megapixel kamera dan 8 Mehapixel di bahagian hadapan.
Baca : Spesfikasi penuh Sony Xperia XA Ultra, Sony Xperia XA dan Sony Xperia X.
Buat masa ini, masih belum ada berita untuk model perdana Sony Xperia X Performance dengan CPU Snapdragon 820 untuk pasaran tempatan. Berkemungkinan besar ia tidak dibawa masuk secara rasmi untuk pasaran tempatan.