Satu lagi model perdana hadir ke pasaran Malaysia. Kali ini model dari Sony iaitu Sony Xperia XZ2 Premium yang boleh didapati di pasaran mulai 6 Ogos dengan harga RM3499.
Berbeza dengan model-model perdana yang lain, Xperia XZ2 Premium tampil dengan skrin resolusi 4K sebesar 5.8 inci, resolusi 3840 x 2160 serta dengan ketumpatan skrin sehingga 760 PPI. Skrinnya juga menyokong HDR10 yang membolehkan ia memainkan kandungan HDR. [AdsPost]
XZ2 Premium juga sudah tentu menggunakan cip berkuasa Snapdragon 845, 64GB memori dalaman serta 6 GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan bateri Li-Ion 3540 yang menyokong pengecaman pantas Quick Charge 3.0 serta pengecaman tanpa wayar.
Baca : Spesifikasi & Harga Terkini Sony Xperia XZ2 Premium Di Malaysia
Untuk kamera, ia dimuatkan dengan sistem dua kamera dengan sensor 19 Megapixel F1.8 dan sensor 12 Megapixel F1.6. Kamera selfie pula menggunakan sensor 13 Megapixel F2.2. Xperia XZ2 Premium turut menyokong rakaman video 4K, rakaman gerak perlahan 960fps serta memiliki 5-Axis Gyro EIS untuk rakaman video yang lebih stabil tanpa gegaran.
Sony Xperia XZ2 Premium akan dijual mulai 6 Ogos dengan harga RM3499. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Sony serta di kedai atas talian. Setiap pembelian rasmi melalui Sony akan menerima Headphone khas secara percuma.