Harga Vivo V25 5G Di Malaysia

Vivo baru sahaja melancarkan peranti siri V terbaharu yang dipanggil Vivo V25 5G. Ia mempunyai skrin AMOLED FullHD+ 90Hz bersaiz 6.44-inci dan kamera selfie 50MP di bahagian hadapan.

Peranti ini dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 900 5G dan dilengkapi dengan sehingga 12GB RAM dan juga menyokong sehingga 8GB RAM maya. Telefon ini mempunyai kamera utama 64MP dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera kedalaman 2MP.

Harga Vivo V25 5G Di Malaysia

Vivo V25 5G juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan mempunyai bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W. Telefon ini menjalankan Funtouch OS 12 terbaharu yang berasaskan Android 12.

Vivo V25 5G hadir dalam warna hitam dan emas dan akan mula dijual di Thailand sebelum pelancaran pada 25 Ogos.