Harga Vivo Y75s di Malaysia

Vivo mengumumkan smartphone kelas pertengahan iaitu Vivo Y75s . Ia dikuasakan oleh pemproses Dimensity 700 serta dipasangkan dengan sehingga 12GB RAM serta 256GB memori dalaman yang boleh ditambah sehingga 1TB melalui kad mikroSD.

Vivo Y75s dibina dengan skrin LCD bersaiz 6.58 inci FullHD+ yang mempunyai kadar penyegaran 60Hz, kadar pensampelan sentuhan 120Hz dan ketumpatan piksel 401 ppi. Panel ini juga mempunyai takuk untuk kamera swafoto 8MP, dengan kamera utama 64MP di belakang yang turut disertakan kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Harga Vivo Y75s di Malaysia

Fungsi lain vivo Y75s termasuk pembaca cap jari yang dipasang di sisi, bicu fon kepala 3.5mm dan USB-C. Telefon pintar ini juga mempunyai sambungan 5G dan mempunyai bateri 5,000 mAh dengan pengecasan 18W. Peranti ini menggunakan antaramuka OriginOS Ocean yang berasaskan Android 11.

Harga Vivo Y75s di Malaysia

Vivo Y75s didatangkan dalam dua warna Black dan Gradient serta pilihan memori – 8GB/256GB dan 12GB/256GB. Ia dijual pada harga CNY1,899 untuk model 8GB/256GB serta CNY2,199 untuk model 12GB/256GB.

Harga Vivo Y75s di Malaysia dijangka sekitar RM1299 sehingga RM1499 sekiranya model ini memasuki pasaran tempatan.