Harga Xiaomi 12T Dan 12T Pro Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengumumkan dua telefon pintar premium terbaru iaitu Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro. Kedua-dua telefon ini hadir dengan skrin OLED 6.67 inci, kadar penyegaran 120Hz, sokongan HDR 10+ dan Dolby Vision.

Ia juga mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5 di bahagian hadapan dan kaca anti-silau di belakang. Kedua-dua siri Xiaomi 12T ini juga hadir dengan lensa selfie 20MP.

Xiaomi 12T Pro hadir dengan kamera utama 200MP yang menggunakan sensor 1/1.22″ ISOCELL HP1, kanta 8P dan hadir dengan ciri-ciri seperti Xiaomi ProCut dan Ultra burst. Xiaomi 12T pula mempunyai kamera utama 108MP. Kedua-dua peranti ini mempunyai kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Di bahagian dalam, Xiaomi 12T Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 SoC dengan pilihan RAM sehingga 12GB. Manakala Xiaomi 12T dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 8100-Ultra dengan 8GB RAM.

Harga Xiaomi 12T Dan 12T Pro Di Malaysia

Kedua-dua telefon ini menjalankan Android 12 dengan MIUI 13, dan Xiaomi telah menjanjikan 3 tahun kini Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan untuk telefon tersebut.

Kedua-dua model ini juga hadir dengan bateri 5,000mAh bersama 120W HyperCharge yang boleh dicas sehingga 100% dalam masa 19 minit. Dengan fungsi Xiaomi AdaptiveCharge, peranti akan mempelajari rutin pengecasan harian pengguna untuk mengoptimumkan kesihatan bateri untuk jangka hayat yang lebih lama.

Harga Xiaomi 12T dan 12T Pro di Malaysia

Xiaomi 12T dan 12T Pro datang dalam warna Hitam, Perak dan Biru. Xiaomi 12T bermula pada 599 Euro (Sekitar RM2799) dan Xiaomi 12T Pro bermula pada 749 Euro (Sekitar RM3499) untuk versi 8GB+128GB. Ia akan dilancarkan di Eropah dan pasaran Asia terpilih bermula dari 13 Oktober.

Di Malaysia, Xiaomi 12T dijual pada harga RM1,999 untuk model 8GB+256GB manakala Xiaomi 12T pro akan dijual pada harga bermula RM2,699 untuk 8GB+256GB dan RM2,999 untuk 12GB+256GB.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan bermula 4 Oktober hingga 12 October ini melalui Shopee dan Lazada.