Harga Xiaomi Redmi Pad Malaysia

Xiaomi baru sahaja melancarkan Redmi Pad, sebuah tablet mampu milik dengan skrin LCD 2K 10.6-inci dan kadar penyegaran 90Hz. Tablet ini turut dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G99 dengan memori dalaman sehingga 128GB serta RAM sehingga 6GB.

Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama 8MP serta kamera hadapan yang juga menggunakan sensor 8MP. Untuk tablet yang sebersar 10.6 inci ini turut dilengkapi dengan empat pembesar suara dengan Dolby Atmos.

Redmi Pad menjalankan Android 12 dengan MIUI 13 dan Xiaomi telah menjanjikan 2 tahun kemas kini Android dan MIUI serta 3 tahun kemas kini keselamatan.

Harga Xiaomi Redmi Pad Malaysia

Tablet ini mempunyai bateri 8000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan dilengkapi dengan pengecas 22.5w di dalam kotak.

Harga Xiaomi Redmi Pad

Redmi Pad boleh didapati dalam warna Graphite Grey, Moonlight Silver dan Mint Green dan berharga Rs.14,999 untuk model 3GB / 64GB, Rs. 17,999 untuk model 4GB / 128GB dan Rs. 19,999 untuk model 6GB / 128GB bagi pasaran India.

Harga Xiaomi Redmi Pad di Malaysia dijangka sekitar RM899 sehingga RM1199 sekiranya model ini memasuki pasaran tempatan.