HTC Explorer - Handphone Andriod Mampu Milik

HTC secara rasmi mengumumkan HTC Explorer (ex-Pico) telefon pintar yang menggunakan platform Android sebagai smartphone yang paling berpatutan.

HTC Explorer mempunyai paparan HVGA 3.2 inci dengan 320 x 480 resolusi, pemproses 600MHz, 512MB RAM dan kamera 3MP. Ianya juga menggunakan Android 2.3.5.

Bedasarkan pada ciri-cirinya, HTC Explorer mempunyai ciri yang hampir sama dengan HTC Wildfire S kecuali pada kameranya yang hanya memiliki 3MP kamera manakala HTC Wildfire S mempunyai kamera 5MP.

HTC Explorer boleh didapati dalam pelbagai warna seperti Biru Metallic, Oren Metallic, Putih Metallic dan juga Ungu Metallic. Dan ia di jangka memasuki pasaran pada November ini.