Huawei Malaysia telah mengumumkan jam pintar pertama yang menjalankan sistem operasi HarmonyOS, Huawei Watch 3 dan Huawei Watch 3 Pro untuk pasaran Malaysia. Walaupun menggunakan OS yang agak baru, Watch 3 menawarkan ciri-ciri yang serupa dengan model jam pintar keluaran sebelum ini.
Reka bentuk Watch 3 tidak banyak jauh beza dari jam pintar Huawei sebelum ini. Ia mempunyai paparan OLED 1.43 inci membulat dengan kadar penyegaran 60Hz dan kecerahan puncak 1000 nits. Jam tangan ini tersedia dalam beberapa rekaan gaya yang berbeza termasuk versi “aktif” dengan tali getah, versi “klasik” dengan tali kulit, dan versi “elit” dengan tali logam. [AdsPost]
Untuk penjejakan aktiviti, jam tangan ini mempunyai banyak sensor yang sama dengan model sebelumnya, termasuk pengesanan degupan jantung, sensor SpO2, pengesanan tidur serta sensor baru untuk menyukat suhu. Huawei mengatakan sensor ini dapat mengesan suhu kulit anda secara berterusan sepanjang hari. Jam tangan ini turut menyokong seratus mod latihan yang berbeza termasuk berlari, mendaki, berbasikal, dan berenang.
Untuk Huawei Watch 3 Pro pula kelihatan lebih premium dengan kerangka titanium dan skrin dengan kaca nilam. Seterusnya, tali jam titanium dan kulit turut ditawarkan bagi membuatkannya kelihatan lebih bergaya. versi Pro juga memiliki kapasiti bateri 790mAh yang lebih besar dengan jangka hayat sehingga 21 hari.
Untuk pasaran Malaysia, Huawei Watch 3 ditawarkan pada harga RM1699. Manakala, Huawei Watch 3 Pro pula dijual pada harga RM2,199. Jika berminat, anda boleh membuat tempahan awal mulai 25 Jun ini melalui laman web Huawei Malysia.