Harga Apple iPhone SE 2020 Malaysia

Bagi yang sedang menanti-nantikan iPhone SE 2020, anda kini boleh dapatkannya di pasaran Malaysia mulai 11 May ini dengan harga bermula RM1999. Ianya boleh ditempah melalui laman rasmi Apple Malaysia dengan variasi memori dari 64GB sehingga 256GB.

Sedikit maklumat mengenai spesifikasi Apple iPhone SE 2020 yang hadir dengan skrin sebesar 4.7 inci dan resolusi 750 x 1334 pixel. Peranti ini juga hadir dengan cip terbaru Apple A13 Bionic dengan sistem iOS 13.

Peranti kecil ini hanya memiliki kamera tunggal di bahagian hadapan dan belakang dengan kamera Utama 12 Megapixel F1.8 dan kamera selfie 7 Megapixel.

Bagi yang berminat untuk dapatkan iPhose SE 2020 bole dapatkan di laman rasmi Apple dengan harga RM1999 untuk model 64GB, RM2199 untuk model 128GB dan RM2699 untuk model 256GB. Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan merah.