Harga iQOO Neo 5 SE Malaysia

iQOO baru sahaja melancarkan model baru yang berkuasa dan mampu milik iaitu iQOO Neo 5 SE di China. Ia mempunyai skrin 6.67-inci FHD+ dengan kadar penyegaran 144Hz serta gamut warna DCI-P3. Telefon ini juga dikuasakan oleh Snapdragon 870 dengan memori 256GB serta RAM sehingga 12GB.

Di bahagian beklakang, Ia mempunyai kamera utama 50MP bersama-sama dengan kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Terdapat juga kamera hadapan yang menggunakan sensor 16MP yang terletak dibahagian atas skrin. Telefon ini mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, dwi pembesar suara, motor getaran linear, getaran permainan 4D dan juga dilengkapi dengan bicu fon kepala 3.5mm. Ia juga mempunyai bateri 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 55W.

Spesifikasi & Harga iQOO Neo 5 SE

  • Skrin FHD+ bersaiz 6.67-inci dengan kadar segar 144Hz, HDR10+
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 870 (7nm) dengan Adreno 650 GPU
  • Pilihan memori 8GB/128GB, 8GB/256GB dan 12GB/256GB
  • Platform Android 11 dengan antaramuka OriginOS Ocean
  • Kamera belakang 50MP, 8MP kamera sudut lebar, 2MP sensor makro
  • 16MP kamera selfie
  • Pengimbas cap jari dibawah skrin, 3.5mm audio jack, Stereo speaker
  • Rangkaian 5G SA/ NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac, Bluetooth 5.2
  • Bateri 4,500 mAh dengan pengecas pantas 55W
  • Harga iQOO Neo 5 SE di Malaysia dijangka sekitar RM1499 (8GB/128GB)

iQOO Neo 5 SE didatangkan dalam warna Crystal White, Mineral Blue dan Phantom gradient dan berharga 2199 Yuan (Sekitar RM1499) untuk model 8GB/128GB, 2399 Yuan (Sekitar RM1599 ) untuk model 8GB/256GB dan 2599 Yuan (Sekitar RM1799) untuk versi 12GB/256GB teratas. Buat masa ini tiada maklumat harga serta ketersediaan untuk pasaran Malaysia.